Skip to main content

PENGHARGAAN BUAT MUMMY J DARI SOLLU SHELTER

Penulis menjumpai seekor kucing yang tidak mampu bergerak di hadapan rumah jiran dan ia dipercayai terjatuh dari tingkat atas pangsapuri. Penulis agak terkejut dan panik melihat keadaan kucing ini kerana terdapat janinnya melekat (tak lepas keluar) di bahagian yang berkenaan akibat hentakan kerana terjatuh dari tingkat atas.
Pada mulanya penulis menghubungi sebuah NGO yang memperjuang dan membela kebajika haiwan peliharaan namun pihak berkenaan tidak dapat membantu penulis. Mereka suruh penulis bawa kucing ni ke klinik haiwan terdekat. Penulis bukannya tak boleh bawanya ke klinik tapi bimbang tentang kos rawatan yang akan dikenakan nanti dan kalau tak berupaya membayarnya pula takut kucing ni tak dapat diselamatkan. Kemudian penulis hubungi Mummy J (Sollu Shelter) melalui whatsapp. Alhamdulillah mendapat maklumbalas pantas dan Mummy J  sudi membantu penulis bagi menyelamatkan nyawa kucing ini.
Kemudian bergegaslah penulis dari Rawang, Selangor dengan menunggang motorsikal ke Seksyen 7 Shah Alam untuk bertemu Mummy J bagi menyelamatkan nyawa kucing ini. Menempuh perjalanan hampir sejam bagaikan terlalu lama untuk sampai di sana. Sambil menunggang motorsikal, penulis sempat juga belai-belai kucing ni melalui lubang pintu sangkar.

Gambar diatas menunjukkan Mummy J berjaya mengeluarkan janin anak kucing yang melekat. Rupa-rupanya kedua-dua belah kaki belakang kucing bunting ini turut patah akibat jatuh dari tingkat atas. Patutlah kucing ni tak berupaya bergerak semasa penulis menjumpainya.

Ucapan penghargaan BERBANYAK TERIMA KASIH kepada Mummy J dari Sollu Shelter kerana sudi membantu penulis baru-baru ini bagi menyelamatkan kucing bunting yang dipercayai terjatuh dari tingkat atas pangsapuri tempat tinggal penulis.

Kucing ini diberi nama NAJAD oleh Mummy J dan kini ia selamat dibawah jagaan Sollu Shelter.

Comments

Jaafar Onn said…
Tak ada butang share.