Pada 10hb. Februari 2022, macam biasa aktiviti saya memberi makan kepada kucing-kucing terbiar disebuah hentian lebuhraya sejak 4 tahun lepas.
Tak lama kemudian datang seorang Pengawal Keselamatan warga Nepal memberitahu saya terdapat seekor kucing sakit dipercayai baru dibuang di plaza tol berkenaan. Beliau memang tahu saya singgah setiap hari di hentian lebuhraya untuk memberi makan kucing.
Selepas itu saya pun pergi melihat keadaan kucing sakit itu di plaza tol. Kemudian saya membawanya ke pondok rehat di hentian sebelah.
Saya memberinya makan makanan basah yang memang sentiasa saya akan pastikan ada dalam kotak motorsikal dan dibawa ke mana saja saya pergi.
Disebabkan kesian melihat keadaannya yang tidak sihat, esoknya saya telah buat keputusan bawanya pulang ke rumah untuk dirawat dan diberi penjagaan serta perlindungan sepenuhnya dalam kediaman saya.
Semoga saya dapat merawatnya hingga sembuh. Saya dapati memang ia tidak sihat. Ada bau yang tidak menyenangkan dan ia juga kurus. Moga urusan saya dipermudahkan.
Comments