Kemudian rakan setugasnya itu memaklumkan kepada beliau tentang hal ini. Rakannya kata ada kucing mati dibunuh. Beliau yakin berdasarkan keadaan kecederaan yang dialami oleh kucing malang itu, ia mati disebabkan dipukul dan bukan kerana dilanggar kenderaan.
Beliau menjumpai kucing jantan itu di kawasan tapak berhampiran surau yang telah dirobohkan. Kesan darah yang banyak juga turut kelihatan di situ. Kepala kucing malang itu dipercayai dihentak dengan batu hingga kepalanya pecah. Badannya juga mengalami kecederaan hingga menyebabkan tulang belakangnya kelihatan patah dan bengkok. Zalim memang zalim si pelaku jahat yang kejam.
Jemput tonton video yang saya rakamkan di kawasan hentian R&R berkenaan
Comments