Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2020

SEDIH MELIHAT KUCING-KUCING TERBIAR DI SEPANJANG TEMPOH PKP

Kucing-kucing jalanan amat mengharapkan rasa simpati dan belas ihsan daripada pemilik kedai makan, pekerja dan juga pengunjung atau pelanggan yang mengunjungi kedai-kedai makan untuk mendapat secebis sisa makanan. Hanya dengan cara inilah kucing-kucing terbiar itu mendapat sumber makanan. Selain itu ada juga kucing-kucing jalanan yang hidup terbiar berkeliaran di kawasan belakang kedai dan menyelongkar tong-tong sampah untuk mencari sisa-sisa makanan. Oleh yang demikian, bagaimana kucing-kucing jalanan yang asalnya bertuan sebelum dibuang di kedai-kedai makan boleh mendapatkan sumber makanan sedangkan hampir semua kedai makan tutup atau tidak beroperasi sepanjang tempoh “Perintah Kawalan Pergerakan”? Jadi sebagai pencinta kucing sejati yang berasa amat sedih mengenangkan nasib kucing-kucing jalanan yang hidup terbiar di kawasan lot-lot kedai pada ketika ini, maka kini setiap hari saya akan meronda di beberapa kawasan lot kedai terutamanya di kawasan yang terdapat premis kedai

LULUH HATI APABILA SEEKOR DEMI SEEKOR KUCING BAWAH JAGAAN PERGI BUAT SELAMANYA

Virus Pembunuh Kucing atau Parvo telah meragut nyawa kucing-kucing bawah jagaan saya dan seekor demi seekor pergi buat selamanya.  Pada 7hb. April 2020 bermulalah trajedi meragut nyawa kucing-kucing bawah jagaan saya seekor demi seekor. Saya rasa ia bermula selepas saya membawa tiga ekor anak kucing iaitu Misha (anggaran usia 2 bulan, Cik Lang (usia 7 bulan) dan Kiki (8 bulan) untuk menerima rawatan disebabkan masalah cacing, kutu dan fungus. Boleh baca semula kisah saya bawa Misha, Cik Lang dan Kiki ke klinik di pautan link ini : https://rezekikucing.blogspot.com/2020/04/terpaksa-keluar-rumah-untuk-merawat.html Kemudian seekor demi seekor anak kucing itu mengalami cirit teruk dan muntah-muntah. Jika sebelum ini mereka semua ceria tapi selepas beberapa hari pulang dari klinik, tiba-tiba kelihatan monyok dan comot sebab terlalu kerap mengalami cirit serta muntah. Pada mulanya saya tidak menjangka kucing-kucing itu mengalami masalah kesihatan yang serius. Namun apabi