Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2020

MOTORSIKAL ROSAK KETIKA MEMBAWA PULANG KUCING BERPENYAKIT SPORO

Terpaksalah saya menolak motorsikal  dalam  keadaan gelap dengan membawa bersama seekor kucing yang mengalami masalah sporo. Pada 26hb Mac 2020 – Khamis, seperti biasa saya keluar bekerja sambilan sungguh pun “Perintah Kawalan Pergerakan” dikuatkuasakan namun pekerjaan yang saya lakukan sebagai Litter Collection atau Pengutip Sampah di highway tidak terlibat dalam perintah ini kerana bidang pekerjaan saya adalah berkaitan dengan pembersihan. Jadi semasa hendak keluar bekerja, saya turut membawa seekor kucing jantan gelandangan yang disyaki mengalami penyakit sporo. Bagi anda yang hendak tahu berkaitan penyakit sporo pada kucing boleh baca lebih lanjut pada pautan ini : http://myklinikhaiwan.com/tips-haiwan-peliharaan/sporo/ Kucing yang mengalami penyakit sporo itu adalah kucing gelandangan bawah blok kediaman saya. Ia telah dibuang oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Sebelum ini keadaannya elok saja sebelum ia tiba-tiba menghilangkan diri. Bila ia muncul kembali sa

MENYELAMATKAN SEEKOR KUCING KURUS DAN KELAPARAN DI JALAN KELUAR MASUK HIGHWAY

Saya lihat kucing jantan itu sangat kurus. Entah berapa hari ia tidak makan. Mungkin ia telah dibuang di kawasan berkenaan. Pada hari Rabu 25hb Mac 2020  sewaktu hendak memasuki highway untuk pulang ke rumah selepas selesai memberi makan pada kucing-kucing jalanan / gelandangan di beberapa lokasi dan mengisi minyak petrol motorsikal saya, tiba-tiba saya ternampak seekor kucing berada di tengah tebing pembahagi jalan. Kemudian saya memberhentikan motorsikal di tepi jalan dan pergi mendapatkan kucing itu untuk dibawa ke tepi jalan kerana bimbang ia dilanggar kenderaan. Rupanya ia adalah seekor kucing jantan. Kelihatan kurus dan ada parut luka di bahagian atas tengkuknya. Setelah membawanya ke tepi jalan, saya pun memberinya makan. Ia makan dengan banyak kerana terlalu lapar. Ntah berapa hari ia tidak dapat makan. Saya dapat rasakan ia menderita kelaparan dan kehausan. Bagaimana ia boleh berada di lokasi jalan keluar masuk highway yang menghubungkan sebuah bandar per

MENYELAMATKAN SI IBU KUCING BERSAMA DUA EKOR ANAKNYA YANG DILAHIRKAN PADA TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN

Kucing betina itu dibuang semasa ia bunting. Disebabkan tiada tempat berlindung yang selamat dan sesuai, akhirnya ia melahirkan anaknya di kaki lima kawasan lot kedai. Tolonglah jangan buang kucing.  Pada hari Sabtu minggu lepas 21hb Mac 2020   sewaktu saya tiba di sebuah kawasan lot kedai untuk meletakkan makanan biskut kucing dan air di bekas yang saya tinggalkan di situ, tiba-tiba saya ternampak kucing betina putih sedang baring dalam sebuah bekas gabus putih di hadapan sebuah kedai yang tutup atas sebab Perintah Kawalam Pergerakan. Lalu saya mendekati kucing betina putih yang telah dibuang di kawasan lot kedai itu lebih sebulan yang lalu. Kemudian saya dapati terdapat dua ekor anak bersamanya. Oh nampaknya ia telah melahirkan anaknya. Sehari sebelum itu masa saya datang ke situ pada sebelah pagi,   kucing betina itu belum melahirkan anaknya lagi. Mungkin ia melahirkan anaknya pada sebelah petang atau malam dan saya rasa seorang pekerja kedai warga Indonesia yang selal

TERIMA KASIH RADIO ZAYAN

Bagaikan sebuah mimpi saya dijemput ke Radio Zayan. Pada 8hb. Mac 2020 saya telah menerima mesej melalui fb messenger untuk menjemput saya ke Radio Zayan. Alhamdulillah saya telah bersetuju dana mat berbesar hati menerima jemputan ke Radio Zayan untuk ditemubual secara santai.   Macam tidak percaya dan bagaikan sebuah mimpi indah bila saya dapat jejakkan kaki di Astro Bukit Jalil.   Saya ditemubual oleh dua orang DJ yang bertugas iaitu DJ Anas dan Mawi. Sesuatu yang tidak pernah saya terfikir akan dapat peluang seperti ini. https://www.facebook.com/228732120822705/posts/1078998312462744/?app=fbl   https://www.facebook.com/228732120822705/posts/1079038099125432/?app=fbl https://www.facebook.com/228732120822705/posts/1079039875791921/?app=fbl   Berbanyak terima kasih kepada pihak Radio Zayan yang telah sudi menjemput saya ke studio dan telah memberikan layanan yang terbaik.

VIRAL SANGGUP MELAKUKAN KERJA SAMBILAN SEBAGAI PEMBERSIH DI LEBUHRAYA UNTUK MEMBELI MAKANAN BUAT KUCING JALANAN

Berbanyak terima kasih kepada pihak-pihak yang telah memviralkan kisah saya. Berikut adalah sebahagian screen shoot yang sempat saya lakukan :