Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2020

MENYELAMATKAN SEEKOR KUCING JANTAN YANG LUMPUH

Patutlah saya tergerak hati untuk keluar memberi makan kepada kucing-kucing gelandangan bawah blok kediaman saya pada lewat malam rupanya ada kucing jantan gelandangan yang sedang lumpuh memerlukan pertolongan. Biasanya saya memberi makan pada kucing-kucing gelandangan di bawah blok kediaman saya pada sebelah pagi. Sehari sekali saya letakkan makanan biskut kucing dan air ke dalam bekas yang saya tinggalkan di bawah blok. Kadang-kala saya tambah lagi makanan pada sebelah petang atau malam jika makanan di dalam bekas semakin berkurang. Pada malam 22hb Februari 2020 saya rasa hendak turun ke bawah untuk menambah makanan biskut kucing ke bekas yang saya tinggalkan itu. Tiba-tiba saya terdengar suara kucing yang tidak henti-henti berbunyi seolah memanggil untuk meminta pertolongan. Kemudian saya mencari dari mana datangnya suara kucing itu. Akhirnya saya jumpa kucing yang memanggil itu di bawah tangga bahagian depan. Ia adalah seekor kucing jantan. Saya lihat kucing itu sepe

JUMPA ANAK KUCING HUTAN PULA MATI DILANGGAR KENDERAAN DI KAWASAN HIGHWAY

Biasa saya terjumpa kucing hutan dewasa mati dilanggar kenderaaan tapi kali ini anak kucing hutan pula. Pada 12hb. Februari 2020 ketika sedang bekerja meronda untuk mengutip sampah yang dibuang oleh pengguna highway, tiba-tiba saya terjumpa seekor anak kucing yang telah mati akibat dilanggar kenderaan. Teruk juga kecederaan yang dialami. Memang kerap saya jumpa kucing hutan mati di kawasan highway tempat saya bertugas.

MENYELAMATKAN SEEKOR ANAK KUCING DI HIGHWAY

Mujur saya bawa motorsikal dengan perlahan. Cemas dibuatnya. Takut ia cuba melintas jalan. Pada 10hb Februari (Isnin) yang lepas,    setelah selesai kerja sambilan saya dan hendak menuju ke sebuah hentian R&R di sebuah highway, saya telah ternampak seekor anak kucing berada di bahagian tengah pembahagi jalan. Saya lihat ia seperti bergerak. Pasti ia masih hidup. Kemudian saya memberhentikan motorsikal dan melintas ke tengah jalan untuk mendapatkan anak kucing itu. Memang benar ia masih hidup dan terkejut melihat saya apabila mendekatinya. Saya pun terus menangkapnya kerana takut ia dilanggar kenderaan. Anggaran usia anak kucing ini dalam 2 bulan. Saya dapati terdapat luka kecil dibahagian telinganya serta mulutnya seakan berdarah sedikit dan juga pada bahagian bontotnya terdapat najis serta berdarah sedikit. Saya lihat keadaan luaran anak kucing itu tidaklah mengalami kecederaan yang serius. Harap bahagian dalamannya tidak mengalami seberang kecederaan. Tidak pas

MONYET JANTAN BERSAIZ BESAR MATI DILANGGAR KENDERAAN DI HIGHWAY

Kesian lihat seekor monyet jantan itu kaku sudah tidak bernyawa lagi. Pada 9hb Februari   (Ahad) yang lepas   seperti biasa saya membuat rondaan di kawasan kerja saya di sebuah highway untuk mengutip sampah tiba-tiba saya ternampak seekor monyet bersaiz besar dalam keadaan terbaring kaku. Lalu saya pun memberhentikan motorsikal dan mendekatinya. Oh! Kesiannya ianya seekor monyet jantan bersaiz besar yang telah mati dilanggar kenderaan. Di tepi jalan itu juga terdapat kesan percikan darahnya. Memang kerap saya jumpa monyet mati dilanggar dalam kawasan kerja saya di highway ini. Paling tragis saya jumpa 3 ekor monyet bergelimpangan mati akibat dilanggar kenderaan. Boleh baca semula dipautan ini : https://rezekikucing.blogspot.com/2020/02/tragis-3-ekor-monyet-ditemui-mati.html Sebagai pencinta haiwan, kejadian ini memang menyedihkan. Apatah lagi menyaksikan hampir setiap ada saja penemuan haiwan atau hidupan liar mati dilanggar kenderaan di kawasan highway tempat

JUMPA LAGI KUCING HUTAN MATI DILANGGAR KENDERAAN

Memang kerap saya terjumpa kucing hutan mati di kawasan highway tempat saya bekerja sambilan. Pada 8hb Februari 2020 hari Sabtu lepas sekali lagi saya telah terjumpa seekor kucing hutan betina mati akibat dilanggar kenderaan yang melalui highway. Lokasi kejadian di jalan susur keluar highway. Dulu saya pernah menyelamatkan seekor kucing jantan tidak jauh dari lokasi berkenaan.   Kecederaan yang dialami dibahagian muka dan kepala. Masa saya angkatnya saya lihat darah jatuh mengalir. Harap ia tidak mempunyai anak. Memang kesian melihat kucing hutan betina ini.

KUCING BUANGAN DI HENTIAN HIGHWAY TELAH MENDAPAT PENJAGA BARU

Kucing jantan berkudis yang dibuang di sebuah hentian highway yang tiada kedai makan dan jauh dari kediaman manusia itu telah mendapat penjaga baru. Alhamdulillah dan berbanyak terima kasih kepada Kak Sharipah kerana telah sudi mengambil tanggungjawab untuk memberi perlindungan dan penjagaan kepada seekor kucing jantan yang telah dibuang di sebuah hentian highway dalam keadaan berkudis dan selsema. Sebenarnya ia baru dibuang di hentian highway berkenaan pada 26hb Januari 2020 dan kemudian saya telah membawanya ke klinik haiwan untuk menerima rawatan. Pada 5hb Februari Kak Sharipah sanggup bersusah payah datang dari Wangsa Melawati ke tempat saya di Rawang untuk mengambil kucing bertuah itu. Kisah kucing jantan bertuah ini boleh dibaca semula dipautan ini : 1. https://rezekikucing.blogspot.com/2020/01/kucing-jantan-berkudis-dibuang-di.html 2. https://rezekikucing.blogspot.com/2020/01/bawa-kucing-berkudis-yang-dibuang-di.html Sehari sebelum saya keluarkannya dari wad k

TRAGIS : 3 EKOR MONYET DITEMUI MATI BERGELIMPANGAN DI TEPI JALAN

Sedih melihat si anak monyet bersama dua ekor monyet  dewasa (betina dan jantan) ditemui mati bergelimpangan di tepi jalan dalam kawasan highway tempat saya bekerja. Monyet betina itu dipercayai adalah ibunya. Baru-baru ini pada 02hb Februari 2020 sewaktu sedang meronda untuk mengutip sampah yang dibuang oleh pengguna highway, tiba-tiba di suatu kawasan highway, saya telah menemui 3 ekor monyet mati bergelimpangan di tepi jalan akibat dilanggar oleh kenderaan yang menggunakan highway tempat saya bekerja itu. Saya memang biasa menemui monyet mati dilanggar kenderaan di highway itu tapi bilangannya tidaklah tiga ekor sekaligus. Tambah pula saya lihat kecederaan yang dialami oleh ketiga-tiga monyet yang ditemui mati ini tidaklah terlalu parah. Anggota badan mereka semuanya tidak mengalami kecederaan luaran. Sebagai pencinta haiwan, situasi ini memang menyedihkan. Saya biasa juga melihat monyet-monyet berkeliaran di suatu kawasan highway tempat saya bekerja ini namun belum per

SAYANGI KUCING SEPERTI AHLI KELUARGA SENDIRI. ALHAMDULILLAH SELAMAT ULANGTAHUN KELAIHIRAN BUAT CIK KAM DAN DINAS

Cik Kam dan Dinas telah dilahirkan oleh ibunya yang diberi nama Chibi. Chibi merupakan kucing betina yang dibuang bawah blok kediaman saya pada suatu ketika. Pada tarikh 01hb Februari yang berlalu beberapa hari yang lepas dua ekor kucing bawah jagaan saya telah genap usia 4 tahun. Cik Kam (jantan) dan Dinas (betina) dilahirkan pada 01hb Februari 2016. Alhamdulillah mereka berdua sihat. Cuma Cik Kam dan Dinas sukar bergaul dengan kucing-kucing lain yang terdapat dalam rumah saya. Mana tidaknya asalnya saya hanya jaga mereka berdua saja selepas ibunya Chibi meninggalkan kami selamanya. Kisah Chibi pernah saya ceritakan dulu dan boleh baca semula di pautan ini : https://rezekikucing.blogspot.com/2017/02/chibi-ibu-dinaz-bekas-kucing-gelandangan.html Kamudian selepas   hampir setahun kemudian saya telah mula membawa masuk beberapa ekor kucing untuk diberi perlindungan dan penjaan sepenuhnya dalam rumah. Maka Cik Kam dan Dinas terpaksalah berkongsi kediaman papa mereka yang kec