Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2019

RASA SEDIH TERJUMPA SEEKOR IBU KUCING SERTA 2 EKOR ANAKNYA

Suasana hari raya masih dirasai walaupun hari ini sudah pun 4 syawal. Kedai-kedai makan milik orang kita masih lagi tutup. Mungkin kedai-kedai makan akan mula beroperasi seperti biasa pada hari isnin minggu depan.  Sedih mengenangkan kucing-kucing yang hidup gelandangan di kedai-kedai makan akibat dibuang oleh manusia yang tidak bertanggungjawab. Kucing-kucing itu tentu sedang menderita kelaparan pada ketika ini. Semua kedai-kedai makan milik orang kita tutup kerana cuti hari raya. Kucing-kucing gelandangan di kedai-kedai makan hanya bergantung pada ihsan pengunjung atau pelanggan kedai untuk mendapatkan sisa-sisa makanan. Selain itu mengharapkan simpati daripada pekerja dan pemilik kedai makan untuk memberi mereka sisa-sisa makanan. Ada juga kucing yang pandai menyelongkar tong sampah untuk mendapatkan sisa makanan. Tapi jika kedai makan berkenaan tutup selama 5 hingga 7 hari kerana cuti raya, bagaimanakah kucing-kucing itu hendak mendapatkan sumber makanan? Tentu kucing-kuci

1 SYAWAL : AKTIVITI BERI KUCING GELANDANGAN MAKAN TETAP DITERUSKAN SEPERTI BIASA

Selamat meraikan hari raya buat semua pencinta kucing dan para pengunjung blog saya. Walaupun menyambut dan meraikan hari raya, seperti biasa saya akan menjalankan aktiviti seperti biasa iaitu memberi makan buat kucing-kucing gelandangan di beberapa tempat terutamanya di beberapa hentian lebuhraya bertol yang tiada kedai makan dan jauh dari kawasan perumahan. Alhamdulillah saya masih berpeluang dan diberikan kesempatan untuk memberi makan pada kucing-kucing gelandangan yang sukar mendapatkan makanan kerana tiada sumber membolehkan kucing-kucing berkenaan mencari makanan kerana berada di tempat yang tiada kedai makan, kedai makan telah tutup atau tidak beroperasi lagi dan jauh dari kawasan perumahan. Berbanyak terima kasih kepada anda yang telah sudi membantu saya untuk menjalankan aktiviti memberi makan buat kucing-kucing gelandangan berkenaan dengan memberi sumbangan makanan kucing. Secara tak langsung anda juga sebenarnya telah membantu kucing-kucing gelandangan yang kel

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI. APALAH NASIB KUCING-KUCING YANG DIBUANG DI KEDAI MAKAN

Alhamdulillah setelah menjalani ibadah puasa selama sebulan pada bulan Ramadhan tahun ini yang berakhir semalam, hari ini kita meraikan Hari Raya Aidil Fitri yang juga merupakan hari kemenangan buat kita yang berjaya menahan lapar serta dahaga dan melawan hawa nafsu. Mesti ramai yang bercuti panjang untuk meraikan hari raya. Maklumlah cuti sekolah pun 2 minggu. Kedai-kedai makan pun tentu akan tutup beberapa hari. Ada juga kedai makan yang tutup sepanjang bulan Ramadhan kerana pemiliknya mengambil peluang untuk berehat bagi memberi tumpuan sepenuhnya pada amal ibadat dan ramai juga yang tutup kedai makan mereka kerana berniaga di bazar-bazar Ramadhan sepanjang bulan Ramadhan. Namun begitu, apakah nasib kucing-kucing gelandangan / kucing-kucing yang dibuang di kedai-kedai makan yang tutup sepanjang bulan Ramadhan dan beberapa hari pada awal bulan Syawal? Kucing-kucing berkenaan hanya bergantung pada sumber makanan (sisa-sisa makanan) yang diperolehi daripada pengunjung kedai ma

BUAT KERJA SAMBILAN 8 JAM SETIAP HARI UNTUK DAPATKAN WANG TAMBAHAN BAGI MEMBELI MAKANAN DAN KEPERLUAN KUCING

Setiap hari saya memberi makan buat lebih 50 ekor kucing. Kucing bawah jagaan saya dalam rumah 18 ekor, kucing gelandangan di kawasan kediaman pangsapuri saya kira-kira 12 ekor dan selebihnya kucing gelandangan di beberapa hentian lebuhraya bertol yang tiada sumber makanan.   Jadi saya memerlukan 5kg makanan dalam bentuk pepejal @ biskut kucing setiap hari. Apabila tidak cukup wang untuk membeli makanan kucing, terpaksalah saya membuat catuan makanan dengan cara mengurangkan kuantiti pemberian makanan dan memberi makan 2 hari sekali buat kucing-kucing gelandangan itu. Disebabkan tidak sanggup melihat kucing-kucing gelandangan itu terpaksa menahan kelaparan bila saya tidak dapat memberi mereka makan kerana kekangan kewangan, jadi saya pun berusaha menambah pendapatan dengan melakukan kerja sambilan setiap hari sebagai Pengawal Keselamatan di sebuah sekolah jenis kebangsaan cina. Jarak tempat kerja dari rumah saya kira-kira hanya 4 kilometer sahaja. Setiap hari saya bekerja sela

SELAMAT TINGGAL CHICHI DAN CHIKI

Baru-baru ini, 2 ekor lagi anak kucing dalam jagaan saya Chichi dan Chiki pergi buat selama-lamanya selepas tiba-tiba jatuh sakit. Chichi dan Chiki adalah anak kucing buangan yang saya ambil di kawasan bawah pangsapuri kediaman saya. Chichi dan Chiki tidak sempat menerima rawatan kerana saya sangka mereka hanya sakit biasa dan tidak serius. Bagaimanapun saya cuba merawat mereka terlebih dahulu dengan cara sendiri seperti memberi mereka minum air kelapa muda dan minyak kelapa dara. Kekangan kewangan menyebabkan saya terpaksa menangguhkan untuk membawa mereka ke klinik haiwan swasta. Nak bawa mereka ke klinik haiwan kerajaan berdekatan tempat saya, setahu saya di situ tiada doctor dan nak dapatkan bekalan ubat juga perlu dibayar. Maafkan papa Chichi dan Chiki kerana tidak dapat menjaga kamu sebaik mungkin dan membawa kamu berdua ke klinik untuk rawatan. Selamat tinggal Chichi dan Chiki. Chichi : Chiki :