Sumbangan MAKANAN kucing diperlukan untuk kucing-kucing
gelandangan yang semakin bertambah sebanyak 35 ekor di beberapa lokasi yang TIADA
sumber mendapatkan makanan . Ada lokasi yang jaraknya 20km dari rumah sy.
Kucing-kucing yang sy beri makan setiap hari ini ada yang
dibuang di highway yang tiada kedai makan & ada juga dibuang di kawasan yang
sukar atau sumber makanan terhad seperti di lot kedai makan yang terpencil /
kedai makan yang sudah tidak beroperasi), taman rimba dan lain-lain.
Bayangkan tanpa sumber makanan atau sumber untuk mendapatkan
makanan agak terhad, bagaimana kucing-kucing di lokasi berkenaan boleh hidup. Kerana
kasihankan mereka setiap hari sy akan ke lokasi-lokasi berkenaan untuk memberi
makan terutamanya pada waktu sebelah malam. Adakalanya bila bajet tidak
mencukupi, sy tidak dapat memberi kucing-kucing itu makan.
Sy hanya perlukan sumbangan makanan sahaja dan bukanya
sumbangan wang.
Sumbangan makanan kucing yang murah-murah sudah memadai dan
tak kisah berapa banyak sekalipun sama ada 1kg pun sy terima yang penting
kucing-kucing di lokasi berkenaan dapat makan dan tidak kelaparan.
Sumbangan makanan kucing boleh terus disalurkan kepada sy.
Untuk kawasan sekitar Lembah Klang @ kawasan yang sy biasa, sy boleh datang
ambil sendiri. Kalau nak hantar melalui pos pun boleh nanti sy bagi alamat.
Lokasi sy di Rawang, Selangor.
Boleh email sy di rezekikucing@gmail.com jika anda sudi nak menyumbang makanan kucing. No
telefon akan sy berikan nanti. Maaf sy tak boleh dedahkan no telefon sy
secara terbuka disini atas sebab-sebab tertentu.
Aktiviti harian memberi kucing-kucing gelandangan itu makan
akan sy kemaskini di facebook sy atau di laman blog sy https://rezekikucing.blogspot.com
Terima kasih dan salam hormat.
Comments