KUCING JALANAN : TIGA MINGGU BERSAMANYA AKHIRNYA TERPAKSA SERAHKAN KEPADA SAHABAT YANG SUDI MENJAGANYA
Pada 13hb Disembar 2017 yang lalu,
saya ada melihat iklan mencari keluarga angkat untuk seekor kucing jantan yang
hidup terbiar akibat dibuang oleh tuannya di Wangsa Maju. Ia dikongsikan oleh
seorang group member dari sebuah group kucing. Kemudian saya ada terbaca komen
dari seorang yang berminat untuk menjaga kucing itu tapi dia tiada kenderaan bagi mengambil kucing
berkenaan di Seksyen 1 Wangsa Maju. Dia tinggal di Paya Jaras, Sungai Buloh,
Selangor. Disebabkan rasa kasihan dan
simpati terhadap kucing itu, saya pun memberi maklumbalas terhadap komennya di
facebook, jika dia berminat nak jaga kucing itu, saya boleh hantarkan kepadanya
tanpa sebarang bayaran. Pada saya ini peluang
cerah untuk kucing jantan itu mendapat keluarga angkat baru yang sudi
menjaganya dan sebab itulah saya sanggup korbankan masa dan tenaga untuk tolong
hantar kucing itu dari seorang makcik berbangsa cina yang juga selalu memberi
makan pada kucing-kucing jalanan yang terdapat di Wangsa Maju.
Dipendekkan cerita akhirnya adopter
tak jadi nak jaga kucing itu kerana dia beranggapan saya lebih sayangkan kucing
itu dan kucing saya taklah sebanyak kucing yang dia bela serta dia memberi alasan
takut tak dapat memberi kebahagiaan buat kucing berkenaan. Sebenarnya bukanlah
niat saya nak jaga kucing itu tapi melihat situasi adopter seakan berat hati
menerima kucing itu, maka saya pun terpaksalah bawanya balik kerana bimbang
akan terjadi hal yang tak sepatutnya nanti.
Setelah tiga minggu saya menjaganya, akhirnya
saya membuat keputusan untuk menyerahkannya kepada seorang sahabat yang memiliki
cat shelter di Hulu Langat kerana saya dapati kucing jantan yang sudah
dimandulkan ini tak dapat menyesuaikan dirinya dalam rumah pangsapuri saya yang
kecil serta sempit terdapat 10 ekor kucing jalanan yang saya jaga.
Kucing-kucing yang saya jaga itu semuanya garang-garang belaka dan sukar
menerima kehadiaran kucing lain dalam rumah. Sebab itulah saya terpaksa meminta
pertolongan daripada seorang sahabat untuk menjaga kucing itu. Mujurlah dia
sudi membantu saya. Saya berasa sangat terhutang budi padanya. Berbanyak terima
kasih sahabat (Zazcyra Shelter Langat).
Gambar saya bersama kucing yang telah diserahkan kepada sahabat |
Comments