Skip to main content

Posts

Showing posts from 2018

PINDAHKAN KUCING GELANDANGAN KE TEMPAT SELAMAT?

Anda tentu biasa terserempak dengan kucing-kucing gelandangan yang berkeliaran di kawasan seperti kedai makan, pasar dan lain-lain tempat. Bagaimana kucing-kucing gelandangan itu boleh wujud di tempat- tempat berkenaan? Kewujudan kucing-kucing gelandangan di suatu tempat itu yang biasa terjadi, sudah tentulah ada manusia yang tak bertanggungjawab membuangnya disitu sama ada sengaja dibuang oleh tuannya atau mungkin ada juga yang dibuang oleh jiran yang bencikan kucing. Mungkin ada juga kucing yang sesat tak jumpa jalan balik ke rumah tuannya tapi pada saya kes seperti ini amat jarang berlaku. Yang selalu berlaku tuannya sendiri yang membuang kucing di tempat-tempat berkenaan. Ada juga kucing yang dibuang oleh manusia yang zalim di kawasan lebuhraya yang tiada kedai makan dan jauh dari kawasan perumahan. Ini sudah tentu menyukarkan kucing-kucing yang dibuang itu mencari atau mendapatkan sumber makanan. Jadi setiap malam saya akan ke tempat-tempat seperti ini untuk memberi makan pad

MAAFKAN AKU KERANA TAK DAPAT MENOLONGMU

Dalam banyak-banyak kucing gelandangan yang saya selalu beri makan, seekor kucing ini amat menyedihkan keadaannya kerana mengalami penyakit kurap teruk yang telah merebak seluruh badannya dan juga keadaannya yang kurus. Saya jumpanya pada suatu malam di hadapan sebuah kedai karpet ketika hendak pulang ke rumah selepas selesai memberi makan pada kucing-kucing gelandangan di beberapa lokasi.  Sebenarnya saya sengaja lalu di kawasan lot kedai itu untuk memerhati kot manalah tahu terdapat kucing gelandangan yang saya boleh beri makan.   Maka selepas itu setiap malam saya pasti ke kedai karpet itu untuk memberinya makan. Walaupun terdapat restoran mamak yang berada tidak jauh dari kedai karpet berkenaan, saya rasa kucing ini tidak pandai mencari makanannya sendiri atau ia berasa takut bila melihat ramai orang. Sekalipun jika ia berani pergi ke restoran mamak itu, saya rasa pengunjung restoran tentu berasa tak selesa melihat keadaannya yang berkurap dan mungkin akan dihalau. Jadi sebab

KUCING BETINA BUNTING HIDUP GELANDANGAN DI SEBUAH LEBUHRAYA TANPA SUMBER MAKANAN

Kucing bunting yang hidup gelandangan di sebuah lebuhraya yang jauh dari penempatan manusia dan tiada sumber membolehkannya mendapat makanan. Sudah tentu sukar untuk kucing ini meneruskan kehidupannya tanpa mendapat makanan.  BERBANYAK TERIMA KASIH kepada mereka yang telah sudi menyumbangkan makanan kucing pada saya. Dengan sumbangan makanan kucing yang diperolehi itu, dapatlah saya memberi makan setiap hari buat kucing-kucing gelandangan sebanyak 35 ekor di beberapa lokasi. Dulu bila saya terputus bekalan makanan kucing kerana kekurangan bajet, tak dapatlah beri kucing-kucing gelandangan itu makan setiap hari. Sumbangan makanan amat dialu-alukan. Jika anda sudi nak menyumbang makanan kucing, bolehlah email saya rezekikucing@gmail.com. Alamat dan no telefon akan saya berikan kemudian nanti. Untuk kawasan yang dekat sekitar Selangor / KL, saya boleh datang sendiri untuk mengambil makanan kucing yang hendak disumbangkan. Sumbangan makanan walau 1kg sekalipun amatlah memb

LOKASI MEMBERI MAKAN KUCING GELANDANGAN MENJADI SASARAN MANUSIA TAK BERTANGGUNGJAWAB MEMBUANG KUCING

Setiap malam seperti biasa saya akan ke beberapa lokasi untuk memberi makan pada kucing-kucing gelandangan yang tiada sumber bagi membolehkan mereka mendapatkan makanan disebabkan ketiadaan kedai makan di lokasi berkenaan serta berada jauh dari kawasan perumahan. Jika terdapat kedai makan atau berada dalam kawasan berhampiran perumahan, mungkin kucing-kucing gelandangan berkenaan boleh mencari sisa-sisa makanan dari tong sampah.  Tapi saya berasa sedih dan kesian bila melihat kucing-kucing gelandangan terpaksa menyelongkar tong sampah untuk mencari sisa-sisa makanan kerana bukan semua sisa-sisa makanan berkenaan sesuai dimakan. Kalau saya terserempak dengan kucing yang menyelongkar tong sampah pasti saya akan memanggil mereka untuk memberi makanan. Ada juga lokasi kucing gelandangan itu berada di kawasan kedai makan dan berhampiran taman perumahan yang turut saya beri mereka makan disebabkan berdasarkan pemerhatian saya, tidak ada siapa pun yang bersimpati melihat kucing gelandang

TERPAKSA TEBALKAN MUKA MINTA SUMBANGAN MAKANAN UNTUK KUCING-KUCING GELANDANGAN DI LOKASI KRITIKAL

Sumbangan MAKANAN kucing diperlukan untuk kucing-kucing gelandangan yang semakin bertambah sebanyak 35 ekor di beberapa lokasi yang TIADA sumber mendapatkan makanan . Ada lokasi yang jaraknya 20km dari rumah sy.   Kucing-kucing yang sy beri makan setiap hari ini ada yang dibuang di highway yang tiada kedai makan & ada juga dibuang di kawasan yang sukar atau sumber makanan terhad seperti di lot kedai makan yang terpencil / kedai makan yang sudah tidak beroperasi), taman rimba dan lain-lain. Bayangkan tanpa sumber makanan atau sumber untuk mendapatkan makanan agak terhad, bagaimana kucing-kucing di lokasi berkenaan boleh hidup. Kerana kasihankan mereka setiap hari sy akan ke lokasi-lokasi berkenaan untuk memberi makan terutamanya pada waktu sebelah malam. Adakalanya bila bajet tidak mencukupi, sy tidak dapat memberi kucing-kucing itu makan. Sy hanya perlukan sumbangan makanan sahaja dan bukanya sumbangan wang. Sumbangan makanan kucing yang murah-murah sudah memadai

PERKEMBANGAN TERKINI CAROL

Carol adalah kucing yang saya selamatkan di sebuah pangsapuri di Taman Tun Perak, Rawang pada bulan Februari yang lepas. Untuk baca semula kisah Carol boleh klik disini : https://rezekikucing.blogspot.my/2018/02/operasi-menyelamat-kucing-betina.html Berikut adalah screenshoot daripada laman facebook rasmi Sollu Shelter : Semoga Carol sihat serta pulih sepenuhnya dan mendapat keluarga angkat yang sudi menjaganya dengan penuh kasih sayang. Berbanyak terima kasih Mummy J dan Team Sollu Shelter. Jika ingin menyumbang apa saja sumbangan sama ada dalam bentuk makanan atau lain-lain keperluan bolehlah hubungi Mummy J di 0193725129 Sumbangan bolehlah disalurkan ke : Akaun Maybank 107424075181 Atas nama Sitti Khadijah Albar

AKHIRNYA BRICE PERGI JUA

Brice kucing yang saya selamatkan tempohari di sebuah kedai makan di Batu 17 Kuang dan kemudiannya diserahkan kepada Sollu Shelter untuk rawatan dan penjagaan sepenuhnya. Kisah Brice boleh baca semula disini :  https://rezekikucing.blogspot.my/2018/04/membantu-dalam-operasi-menyelamat.html Berikut adalah screenshoot daripada laman facebook rasmi Sollu Shelter : Apa pun saya ucapkan berbanyak terima kasih kepada Mummy J dan team Sollu Shelter yang telah cuba sebaik mungkin untuk menyelamatkan Brice dan menanggung kos rawatannya. Jika anda ingin menyumbang apa saja sumbangan sama ada dalam bentuk makanan atau lain-lain keperluan bolehlah hubungi Mummy J di 0193725129 Sumbangan bolehlah disalurkan ke : Akaun Maybank 107424075181 Atas nama Sitti Khadijah Albar

TERGAMAKNYA MEMBUANG KUCING SAKIT. INGAT KUCING SAKIT YANG DIBUANG BOLEH PULIH DENGAN SENDIRINYA KE?

Saya berasa sedih bila setiap kali terserempak dengan kucing sakit yang hidup gelandangan akibat dibuang oleh tuannya. Sudahlah kucing itu sakit dibuangnya pula. Adakah mereka yang membuang kucing-kucing yang sakit itu beranggapan kucing yang dibuang itu boleh pulih atau sihat dengan sendirinya? Kucing yang dibuang oleh tuannya kerana mengalami masalah kurap teruk akhirnya mati dilanggar motorsikal. Jawapan yang mungkin kita boleh agak mereka yang membuang kucing-kucing sakit itu akan berkata “saya tiada wang untuk merawat kucing saya yang sakit itu”. Kalau ye pun tiada wang untuk merawat kucing yang sakit kenapa sengaja mengabaikan dan membuang kucing-kucing itu? Tindakan membuang kucing sakit adalah suatu tindakan yang zalim dan anda yang sengaja mengabaikan atau membuang kucing anda yang sakit itu adalah satu kesalahan dan boleh didakwa. Carilah maklumat berkaitan kucing sakit di internet yang mungkin boleh dijadikan panduan asas atau sumber rujukan dan sedikit sebanyak

TERSEREMPAK DENGAN KUCING TERBIAR DI PLAZA TOL LAGONG LEBUHRAYA GUTHRIE CORRIDOR EXPRESSWAY

Semalam 9hb April 2018 - Isnin, sewaktu saya pulang dari Shah Alam selepas selesai urusan peribadi pada sebelah malam. Seperti biasa saya akan pulang ke Rawang melalui lebuhraya Guthrie Corridor Expressway dengan menunggang motorsikal.  Sewaktu saya lalu di laluan motorsikal di Plaza Tol Lagong lebih kurang jam 8.45 malam, saya telah terserempak dengan 3 ekor kucing yang sedang berkeliaran   di tepi laluan motorsikal yang berhampiran dengan kawasan hutan. 2 ekor jantan   berwarna oren   dan hitam yang tak boleh didekati kerana takut kat saya serta seekor betina mempunyai 3 warna (calico). Terkejut juga saya dibuatnya bila melihat kucing-kucing berkenaan. Saya tidak menyangka di kawasan Plaza Tol Lagong yang tiada kedai makan bagaimana pula kucing-kucing itu hendak mendapatkan sumber makanan mereka. Yang ada di situ hanyalah kemudahan untuk pengguna lebuhraya seperti surau dan tandas selain pejabat kecil. Memang tindakan zalim jika ada pihak yang sanggup membuang kucing si si

MEMBANTU DALAM OPERASI MENYELAMAT SEEKOR KUCING YANG LEMAH & KURUS KERING DI SEBUAH KEDAI MAKAN DI KUANG, SELANGOR

Pada 7hb April 2018 / hari Sabtu,   saya telah berkesempatan membantu seekor kucing gelandangan di Batu 17, Kuang, Selangor yang dipercayai dibuang oleh tuannya di sekitar kawasan berkenaan. Kucing itu kelihatan kurus kering dan lemah. Kisah kucing ini sebenarnya ditularkan dalam group facebook berkaitan kucing oleh seorang pengunjung kedai makan berkenaan yang berharap agar ada pihak yang sudi membantu kucing itu. Kemudian saya telah meminta pertolongan Mummy J daripada Sollu Shelter. Alhamdulillah Mummy J sudi membantu untuk merawat dan menjaga kucing berkenaan. Saya pun menghubungi pihak yang berkenaan dan menyatakan hasrat ingin mengambil kucing malang itu untuk diserahkan kepada pihak Sollu Shelter bagi mendapatkan rawatan dan penjagaan. Jarak dari rumah saya Taman Tun Teja, Rawang ke Batu 17 Kuang tidaklah terlalu jauh dan memudahkan perjalanan saya ke sana. Gambar suasana lokasi di mana tempat kucing itu berada : Setibanya saya di lokasi kedai makan yang din