Skip to main content

Posts

Showing posts from 2021

NAMA-NAMA KUCING POPULAR DI MALAYSIA DAN NUSANTARA

Adakalanya hendak mencari dan menamakan kucing agak sukar dan memeningkan. Kebanyakan nama-nama kucing jika kita cari di internet, lebih banyak cadangan nama-nama English. Saya sendiri pun merasai susahnya nak memberi nama yang sesuai dengan kucing-kucing baru dalam jagaan dan jalanan. Berikut adalah nama-nama kucing yang pernah saya gunakan untuk menamakan kucing-kucing dalam jagaan saya dan juga kucing-kucing jalanan / terbiar : Abam, Bulat, Cik Kam, Cik Bu, Cik Ta, Cik Ti, Cik Minah, Cik Siti, Cik Lang, Cik Mie, Chabi, Cha Cha, Chat, Chi Chi, Dinas, Didi, Dino, Daisy, Dora, Jijie, Jojo, Jay, Jerry, Kaka, Kecik, Kiki, Mijie, Mila, Mochi, Mumu, Miemo, Rimau, Shila dan banyak lagi. Baiklah, berikut adalah nama-nama kucing yang popular atau sering digunakan di Malaysia dan Nusantara : A : Atan, Atai, Ana, Abu, Abam, Along, Amy, Ari, Adi, Ali, Avira, Amira, Aishah, Arash, April, Aplle, Ati, Araso, Alisya, Amok, Apollo B : Boboy, Baby, Bad, Bibi, Bam Bam, Bella, Bubu, Bunny, Bob, Bung

BERI MAKAN KEPADA KUCING TERBIAR, BUKAN BERMAKSUD KITA HENDAK BIAKKAN MEREKA

Tajuk entri ini agak menarik kerana ramai orang anggap kita yang memberi makan kepada kucing-kucing jalanan / terbiar itu kerana sengaja hendak biarkan mereka terus membiak. Saya bermula memberi makan kepada kucing-kucing terbiar di hentian plaza tol sejak bulan Februari 2018. Pada waktu itu saya dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menghantar kek yang ditempah oleh pelanggan. Saya ternampak beberapa ekor kucing di hentian berkenaan yang tiada medan selera atau gerai makan. Terdetik dihati saya, bagaimana kucing-kucing terbiar itu hendak mendapatkan makanan untuk terus hidup? Keesokkan harinya, bermulalah episod saya memberi makan kepada kucing-kucing terbiar yang terdapat di hentian highway berkenaan. Saya datang ke hentian itu setiap hari untuk beri makan kucing. Pada waktu itu, bilangan kucing tidaklah banyak sangat. Saya mula berkenalan dengan seorang pekerja pembersihan warga Rohingya yang tinggal di salah satu bilik stor yang terdapat di hentian itu. Pekerja asing itu pun men

TRAGIS! KUCING JALANAN MENDERITA KESAKITAN AKIBAT DIKERAT EKOR AKHIRNYA PERGI JUA

Sedih melihat keadaan seekor kucing jalanan yang mengalami kecederaan pada bahagian ekornya akibat dikerat. Pada 27hb. Oktober 2021 (Selasa), ketika hendak ke kedai, saya ternampak seorang delivery rider sedang membelek seekor kucing yang sedang terbaring di tepi jalan di hadapan sebuah kedai. Saya syak kucing malang itu mungkin kena langgar dengan kenderaan. Kemudian saya pun pergi mendekati kucing berkenaan. Saya dapati ia seakan mengalami sawan. Apabila saya melihat keadaan kucing yang masih muda itu, saya dapati ekornya ada kecederaan disebabkan dikerat. Keadaan kucing betina yang masih muda itu seperti sedang nazak. Perasaan saya ketika itu memang rasa sedih dan marah. Siapalah yang kejam melakukan perbuatan zalim mengerat ekor kucing malang itu. Kawasan lot kedai berkenaan berada tidak jauh dari kediaman saya. Memang selalu manusia tidak bertanggungjawab membuang kucing di situ. Terdapat beberapa restoran di deretan kawasan lot kedai ini. Jadi tidak hairanlah orang selalu buang k

CIK MINAH DAN CIK SITI, KUCING YANG SETIA MENUNGGU DI SEBUAH HENTIAN HIGHWAY

Sudah lebih 2 tahun saya singgah di sebuah hentian highway untuk beri makan kepada kucing-kucing terbiar yang terdapat di situ. Saya mula singgah di hentian highway yang tiada kedai makan dan jauh dari kawasan perumahan sejak bulan Mei 2018. Pada permulaannya, waktu itu saya hanya ternampak Cik Siti saja yang berada di hentian highway itu. Menurut Pengawal Keselamatan warga Nepal yang bertugas di situ, beliau kata Cik Siti baru saja dibuang di hentian highway berkenaan kira-kira dalam 2 minggu macam tu. Inilah detik permulaan yang menggerakkan saya untuk singgah di hentian highway ini. Saya berasa kesian melihat Cik Siti kerana tiada sumber bagi membolehkannya mencari makanan di situ. Walaupun saya perlu menempuh perjalanan sejauh 24km dari kediaman saya untuk sampai ke hentian highway ini, namun saya sanggup datang untuk memberi makan kepada Cik Siti. Kemudian selepas beberapa saya kali singgah di hentian highway ini untuk memberi makan kepada Cik Siti, barulah saya ternampak ada bebe

BERAKHIR SUDAH RIWAYAT KUCING BONCENG MOTORSIKAL

Amat sedih si Kelabu kucing terbiar di blok kediaman saya, akhirnya pergi buat selamanya. Pada 07hb Oktober 2021, ketika saya berada di kawasan parking motorsikal dan hendak ke tempat kerja, pekerja pembersihan yang bertugas di blok kediaman saya, menyapa saya. Beliau beritahu ada kucing mati dekat atas gerai terbiar tempat biasa saya beri makan kucing di bawah blok. Terkejut apabila saya melihatnya. Kucing yang sedang kaku dan sudah tidak bernyawa itu adalah si Kelabu. Rasa sedih melihat Kelabu sudah tiada / pergi buat selamanya. Kelabu asalnya kucing bertuan. Saya difahamkan tuan Kelabu tinggal di blok yang sama dengan saya tapi tingkat atas. Tak pasti tingkat berapa. Kemudian saya terserempak dengan anak jiran yang menghuni setingkat dengan saya. Beliau beritahu saya, beliaulah yang letak Kelabu di situ. Beliau terjumpa Kelabu sudah tidak bernyawa pada malam 06hb. Oktober di ruangan berdekatan dengan lift.. Patutlah Kelabu sudah mula berbau. Anak jiran saya itu memang sukakan kucing

KUCING BETINA YANG PERNAH KENA BUANG DAN JATUH DARI BLOK KEDIAMAN AKHIRNYA PERGI JUA

Kucing betina ini kami namakannya sebagai “Cik Ta”. Cik Ta diselamatkan pada bulan Oktober 2019. Teringat masa tu Cik Ta terbaring kaku akibat jatuh dari tingkat atas blok kediaman saya. Boleh baca semula kisah Cik Ta ketika hari ia jatuh dari tingkat atas dan mula diselamatkan di link ini :   https://rezekikucing.blogspot.com/2019/10/tragis-kucing-betina-dibuang-dari.html   Akhirnya pada 06hb. Oktober 2021, Cik Ta pergi buat selamanya meninggalkan kami setelah bertarung dengan penyakit kudis dan luka yang tidak sembuh dan berulang.   Kudis yang dialami oleh Cik Ta itu bukanlah disebabkan sporo. Ini telah disahkan oleh Doktor yang pernah merawatnya. Menurut Doktor berkenaan, Cik Ta mungkin mengalami alahan yang serius. Walaubagaimanapun saya telah berusaha merawat Cik Ta dengan pelbagai cara kerana nak bawa Cik Ta ke klinik untuk seisi rawatan ulangan / susulan, agak sukar memandangankan ketiadaan dana yang cukup. Kebetulan pada waktu itu terdapat seekor kucing dalam jagaan saya y

KESIAN! KUCING YANG DIBUANG DI HENTIAN R&R TAK PANDAI CARI MAKAN DAN BAWA DIRI

Sedih bila ternampak kucing yang dibuang di kawasan hentian R&R tak tahu bawa diri dan mencari makanan. Baru-baru ini saya ternampak seekor kucing jantan berwarna hitam putih di kawasan hentian R&R yang saya lalu dan singgah setiap hari. Kemudian saya berinya makan. Saya akan singgah di hentian R&R ini untuk berinya makan setiap  hari. Saya lihat kucing itu memang kelaparan. Selepas habis makan wet food 2 pek, ia makan biskut kucing pula. Ntah berapa hari ia tak makan sejak dibuang. Di kawasan hentian R&R ini memang ada terdapat beberapa ekor kucing terbiar yang asalnya dibuang oleh manusia yang tidak bertanggungjawab. Berdasarkan pengamatan dan pengalaman saya yang sudah biasa dengan kawasan hentian R&R ini, saya dapati agak sukar kucing-kucing yang terdapat disini hendak mendapatkan makanan. Ini kerana walaupun terdapat 5 buah gerai yang beroperasi, tetapi tidak ramai pengguna highway yang singgah untuk menjamu selera pada hari biasa. Hanya pada hari Sabtu, Ahad d