Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2019

SEEKOR KUCING GELANDANGAN SAKIT AKHIRNYA PERGI JUA

Saya fikir ia diracun kerana saya pernah juga melihat kucing yang diracun keadaan seakan sama seperti kucing itu.   Pada 20hb Oktober 2019 yang lalu menjalang waktu tengahari iaitu selepas saya pulang dari membeli pasir tandas kucing, saya ternampak seekor kucing berwarna oren di hadapan pintu rumah jiran saya. Dalam hati berkata siapalah yang buang kucing sakit ni? Nampak seperti ia diracun. Bila saya perhatikan betul-betul keadaaan kucing itu, barulah saya perasan rupanya ia adalah kucing gelandangan yang dilahirkan dan membesar di blok kediaman pangsapuri saya ini. Kucing ini memang selalu datang makan makanan yang saya sediakan di luar rumah saya di tingkat 1. Ia selalu kelihatan berkeliaran dan berehat di tingkat 1. Ibunya juga seekor kucing gelandangan yang masih hidup hingga sekarang. Kemudian saya telah berkongsi kisah kucing ini di laman facebook saya untuk meminta pandangan dan pertolongan. Maklumlah saya tidak mempunyai dana untuk membawa kucing yang sakit ke kli

KEJAM : KUCING DIKERAT EKOR

Seekor kucing jantan dijumpai dalam keadaan ketakutan serta berdarah pada bahagian ekornya kerana ekornya telah dipotong. Dijumpai oleh Pengusaha Katering di tempat letak kereta Kuarters Penjawat Awam Precint 15, Putrajaya. Sumber daripada my metro :   Khamis, 17 Oktober 2019 @ 10:55 AM Artikel penuh boleh baca di link ini : https://www.hmetro.com.my/utama/2019/10/507841/kenapa-kejam-sangat

TRAGIS : JUMPA KUCING DIGILIS HINGGA HANCUR DI HIGHWAY

Hancur digilis kenderaan. Begitulah keadaan seekor kucing yang ditemui di highway tempat saya bertugas. Dipercayai kucing malang itu telah dibuang di kawasan highway. Pada 13hb Oktober 2019 hari Ahad semasa sedang bertugas membuat rondaan dengan motorsikal untuk mengutip sampah-sampah yang dibuang oleh pengguna highway, saya telah terjumpa seekor kucing gilis kenderaan hingga hancur. Ini bukanlah kejadian kali pertama yang saya lihat. Sebelum ini pun saya telah terjumpa beberapa ekor kucing mati digilis kenderaan di kawasan highway yang sama iaitu tempat saya bertugas. Boleh baca semula di link ini https://rezekikucing.blogspot.com/2019/09/trend-orang-buang-kucing-di-highway.html Saya yakin kucing malang itu telah dengan sengaja dibuang di kawasan highway kerana tiada kawasan perumahan berdekatan situ atau lokasi penemuannya. Memang benarlah sekarang ini trend orang kita membuang kucing tanpa mengira tempat dan termasuklah di tempat-tempat yang boleh mendatangkan ba

TRAGIS : SELAMATKAN KUCING BETINA DIBUANG DARI TINGKAT ATAS PANGSAPURI PADA MINGGU LEPAS

Ajaib, disangka telah mati akibat jatuh dari tingkat atas pangsapuri, tapi rupanya kucing betina itu masih hidup. Pada pagi hari Isnin 07hb. Oktober 2019 minggu lepas, isteri saya telah memberitahu saya ada kucing kena buang dari tingkat atas jatuh ke tingkat 1. Beliau dapat maklumat ini menerusi group whatsapp jiran tetangga. Pada ketika itu saya sedang bersiap untuk pergi bekerja sambilan. Selepas itu saya pun keluar untuk mencari kucing malang berkenaan. Ketika saya berada di hadapan pintu rumah, seorang anak jiran bernama Adira berumur 8 tahun telah menyapa saya “pakcik Azhar ada kucing jatuh kat sini” iaitu di sebelah luar rumahnya. Kemudian saya pun pun bergegas ke rumah tempat berkenaan. Saya dapati terdpat seekor kucing yang terlah terbaring akibat jatuh dari tingkat atas. Najis besar dan kecilnya turut terkeluar. Saya rasa ia telah mati sepertimana sebelum ini pernah seekor kucing jantan yang jatuh akibat dibuang dari tingkat atas telah mati. Boleh baca untuk imbas semula

TIDAK DIBENARKAN BERI MAKAN PADA KUCING-KUCING GELANDANGAN DI SEBUAH HENTIAN R&R

Semalam seperti biasa saya akan ke hentian-hentian highway untuk beri makan pada kucing-kucing gelandangan yang terdapat di situ. Dipendekkan cerita ketika saya hendak meletakkan makanan biskut kucing ke dalam bekas yang saya sediakan di tepi medan selera  berkenaan, saya didatangi Pengawal Keselamatan warga Nepal yang boleh berbahasa Melayu. Sebelum ini pun beliau biasa nampak saya beri makan pada kucing-kucing di situ. Kemudian dia kata sekarang bermula dari hari ini saya tidak dibenarkan lagi memberi makan di kawasan R&R. Ini adalah atas arahan daripada seorang pegawai (lelaki) syarikat pengurusan tol / lebuhraya berkenaan. Lalu saya pun bertanya, letak bekas makanan kat lokasi lain selain di medan selera boleh tak? Dia jawab di semua kawasan R&R saya tidak dibenarkan letak bekas makanan. Saya kata baiklah tapi bagilah saya letak makanan buat kali terakhir di sini. Selepas itu Pengawal Keselamatan menyuruh saya buang seekor kucing jantan dewasa berwarna oren yang se