Semalam hari Khamis, saya ada kelapangan masa untuk pergi ke sebuah lokasi hentian lebuhraya bertol yang jaraknya dari rumah saya kira-kira 22km. Di hentian lebuhraya bertol ini tiada kedai makan serta jauh dari kediaman manusia. Yang ada hanyalah pejabat kecil yang menempatkan pekerja lebuhraya. Ini bermakna tiada sumber membolehkan kucing-kucing disini mendapatkan makanan. Dulu pada tahun lepas saya kerap ke sini hampir setiap hari untuk memberi makan pada beberapa ekor kucing gelandangan yang terdapat disini yang dipercayai telah dibuang oleh mereka yang tak bertanggungjawab. Kemudian disebabkan masalah perbelanjaan saya yang tidak mencukupi bagi membeli makanan kucing @ kibble, saya dengan berat hati dan rasa sedih terpaksa membuat keputusan untuk menangguhkan memberi makan buat kucing-kucing disini. gambar yang dirakam pada tahun lepas Memang sedih saya terpaksa membuat keputusan menangguhkan memberi makn pada kucing-kucing disini. Tapi walaubagaimanapun saya berasa l