KUCING MISTERI DI PUSARA : SEEKOR KUCING MENEMANI ISTERI AYAHANDA KETIKA SETIAP KALI MENZIARAHI PUSARA ARWAH
Sumber ini saya perolehi daripada facebook sahabat saya iaitu Aidan Farray https://www.facebook.com/farray.faraday?hc_ref=ARR4_kRD-I9WpXiqC5yDZEm2nOrroIYNZSm3Ysf2ED5taeWZX7wRa_Uce4BMJ6PFde8&fref=nf yang juga merupakan anak jiran tetangga yang saya diami di Blok Delima, Taman Tun Teja, Rawang, Selangor. Ketika sudah mula rasa mengantuk dan hendak menutup komputer, mata kembali segar apabila terbaca kisah yang dikongsikan oleh sahabat facebook saya ini. Mana tidaknya, kisah ini berkaitan insan yang pernah saya kenali ketika hayatnya masih ada iaitu arwah Ayahanda. Apa yang amat menarik perhatian saya, seekor kucing misteri yang tak diketahui siapa tuannya dan dari mana ia datang, setiap kali akan muncul menemani isteri arwah ayahanda ketika menziarah pusaranya. Kucing ini akan menemani isteri arwah Ayahanda sehinggalah selesai bacaan yasin dan doa. Kemudiannya ia turut baring di pusara Ayahanda dan tak berganjak walaupun isteri dan anak arwah sudah bersedia hendak pulang.