Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2017

SETINGGI PENGHARGAAN TERIMA KASIH KEPADA EN. JAI SEKELUARGA YANG TELAH SUDI MENGAMBIL EMPAT EKOR ANAK KUCING TERBIAR

Semalam 27hb. September 2017 saya ada masukkan entri berkenaan empat ekor anak kucing terbiar di ruangan kaki lima bersebelahan kedai Watson, Bandar Baru Rawang yang perlu diselamatkan. Alhamdulillah kesemua anak-anak kucing itu telah berjaya saya serahkan kepada En Jai dari Seksyen 19, Shah Alam untuk dipelihara oleh beliau sekeluarga. Saya ingin merakamkan ucapan setinggi penghargaan berbanyak terima kasih kepada En Jai, isterinya dan anak kerana telah sudi mengambil keempat-empat ekor anak kucing terbiar yang masih belum putus susu dan perlukan penjagaan yang sepatutnya. Berdasarkan pengalaman saya yang menjalankan aktiviti secara sukarela bagi mencari atau menemukan kucing-kucing terbiar dengan tuan baru, bukan mudah sebenarnya hendak mencari insan berhati mulia seperti En Jai dan isteri yang sanggup mengambil tanggungjawab untuk membela keempat-empat anak kucing itu. En Jai, isteri dan anaknya sabar menunggu saya dari Rawang hingga tiba di Seksyen 13 Shah Alam. Sepatu

TOLONGLAH SELAMATKAN KAMI 4 BERADIK NI. KAMI TAKDE IBU NAK MENYUSUKAN KAMI. KAMI TINGGAL DALAM KOTAK DI KAKI LIMA. APALAH NASIB KAMI KALAU TAKDE SIAPA YANG SUDI SELAMATKAN KAMI NANTI.

Info yang saya terima pagi tadi 27 September 2017 daripada seorang sahabat. Katanya ada 4 ekor anak kucing terbiar yang kini berada di kaki 5 kedai Watson, Rawang, Selangor. Anak-anak kucing terbiar ini ditinggalkan ibu. Tak tahu ibunya dimana sama ada masih hidup atau tak. Baru sebentar tadi saya pergi melihat anak-anak kucing ni masih lagi ada di tempat yang diberitahu oleh sahabat. Keadaannya kotor sikit tapi kalau lepas dimandikan pasti nampak cantik. Kasihan mengiau-giau minta makanan. Ada sesiapa yang boleh tolong selamatkan anak-anak kucing ni? Saya boleh hantar jika lokasi anda sekitar lembah klang. Boleh whatsapp saya di 011 – 2313 9954 Saya tak dapat nak tolong kerana baru saja menyelamatkan anak kucing terbiar dengan ibunya sekali tambahan pula rumah saya ni kecil. Takde ruang yang sesuai untuk tempatkan mereka 4 beradik ni. Harap sangat ada yang boleh tolong selamatkan anak-anak kucing ni.

APA NASIB KUCING TERBIAR JIKA KEDAI MAKAN TEMPAT CARI SISA MAKANAN ITU TUTUP SELAMA BEBERAPA HARI?

Kita biasa lihat banyak kucing dibuang di restoran dan kedai-kedai makan. Si pembuang kucing beranggapan, membuang kucing di restoran atau kedai makan suatu tindakan yang bijak. Kononnya nanti kucing yang dibuang di situ akan mendapat sisa-sisa makanan daripada tuan kedai dan pengunjung kedai berkenaan. Namun, apa nasib kucing-kucing itu jika restoran atau kedai ditutup selama beberapa hari, terutamanya pada musim cuti perayaan?   Pada Hari Raya Aidil Adha yang lalu, ada sebuah restoran berhampiran kawasan tempat tinggal saya, tutup selama 10 hari sempena Hari Raya. Saya perasan restoran itu ditutup sejak sehari sebelum hari raya dan dibuka semula 9 hari kemudiannya. Ini kerana pemilik dan pekerja restoran berkenaan pulang beraya di negeri pantai timur. Di restoran itu terdapat beberapa ekor kucing yang hidup terbiar akibat dibuang oleh tuannya. Ada anak kucing, kucing tua dan kucing yang sedang bunting. Bayangkan nasib yang menimpa kucing-kucing terbiar itu selama 10 hari tan

TERIMA KASIH DIK KERANA SANGGUP BERKORBAN MASA, TENAGA & WANG UNTUK MENJAGA KUCING-KUCING TERBIAR

Sewaktu saya sedang memberi 2 ekor kucing terbiar makan di hadapan sebuah kedai Seven Eleven di Rawang, Selangor, saya ternampak deretan sangkar diletakkan di kawasan kaki lima bersebelahan kedai Seven Eleven berkenaan yang didalamnya terdapat beberapa ekor kucing. Kemudian keluar seorang gadis dalam lingkungan usia 20an yang juga pekerja kedai Seven Eleven berkenaan. Dia terus membelai kucing yang saya beri makan tadi. Lalu saya bertanya, kucing-kucing dalam sangkar tu siapa punya? Dia menjawab, dia punya dan semua kucing berkenaan adalah kucing terbiar yang kena buang di kawasan sini. Dia kutip dan masukkan dalam sangkar untuk keselamatan kucing-kucing berkenaan. Ada juga kucing yang berkeliaran dan tak dikurung ke dalam sangkar kerana dah tak muat. Dia berasa kasihan melihat kucing-kucing terbiar berkenaan sebab itulah dia sanggup jaga ke semua kucing-kucing terbiar yang kebanyakannya dibuang di restoran mamak berhampiran kedai Seven Eleven berkenaan. Katanya, ada kucing yang sakit

IKAT PERUT UNTUK BERI KUCING TERBIAR MAKAN SETIAP HARI

Hampir setiap bulan pasti akan terdapat kucing yang dibuang di kawasan tempat tinggal penulis. Penulis berasa kasihan melihat kucing-kucing terbiar ini yang kebanyakannya kurus kerana mungkin tak dapat makan beberapa hari. Bukan semua kucing terbiar ni pandai mencari makan dengan menyelongkar di tempat pembuangan sampah. Biasanya penulis akan memanggil atau membawa kucing-kucing ini makan makanan yang penulis sediakan di hadapan rumah. Jadi setiap hari penulis akan pastikan ada makanan untuk kucing terbiar sebanyak 12 ekor yang datang makan di hadapan rumah penulis. Itu belum termasuk lagi dengan kucing-kucing jiran yang datang menyinggah makan di hadapan rumah. Penulis memang sentiasa menyediakan bekas makanan dan air untuk kucing-kucing terbiar itu makan dan minum. Bekas makanan pun akan sentiasa penulis pastikan terdapat  makanan dalam bekas tersebut. Bila kurang penulis akan tambah demi untuk memastikan kucing-kucing terbiar itu tak kelaparan. Adakalanya penulis turut m