Skip to main content

Posts

Showing posts from 2022

KUCING BUNTING DIBUANG DI HENTIAN LEBUHRAYA

Si pembuang kucing makin kreatif membuang kucing. Jika dahulu ramai yang membuang kucing di pasar dan kedai makan, kononnya beranggapan kucing-kucing yang dibuang di kawasan seperti ini akan mudah mendapat makanan. Ini adalah karut sebenarnya. Bukan mudah kucing-kucing yang dibuang hendak mendapatkan makanan. Kena zalim adalah. Baru-baru ini seekor kucing betina bunting telah dibuang di hentian Rehat & Rawat sebuah lebuhraya. Hentian R&R ini memang saya singgah setiap hari dan pekerja pembersihan pun mengenali saya. Kemudian saya membuat perkongsian di facebook peribadi saya berkenaan kucing bunting ini. Alhamdulillah ada sahabat facebook saya yang sudi nak menjaga kucing bunting berkenaan. Beliau berasa kesian melihat dan risau mengenangkan bagaimana keadaan kucing itu jika beranak di hentian R&R nanti. Pada malam 24hb Mac 2022, saya pergi ke hentian R&R itu untuk membawa balik kucing bunting berkenaan. Saya akan menjaganya selama beberapa hari sebelum sahabat fa

SELAMATKAN KUCING SAKIT DI SEBUAH HENTIAN LEBUHRAYA

Pada 10hb. Februari 2022, macam biasa aktiviti saya memberi makan kepada kucing-kucing terbiar disebuah hentian lebuhraya sejak 4 tahun lepas. Tak lama kemudian datang seorang Pengawal Keselamatan warga Nepal memberitahu saya terdapat seekor kucing sakit dipercayai baru dibuang di plaza tol berkenaan. Beliau memang tahu saya singgah setiap hari di hentian lebuhraya untuk memberi makan kucing. Selepas itu saya pun pergi melihat keadaan kucing sakit itu di plaza tol. Kemudian saya membawanya ke pondok rehat di hentian sebelah. Saya memberinya makan makanan basah yang memang sentiasa saya akan pastikan ada dalam kotak motorsikal dan dibawa ke mana saja saya pergi. Disebabkan kesian melihat keadaannya yang tidak sihat, esoknya saya telah buat keputusan bawanya pulang ke rumah untuk dirawat dan diberi penjagaan serta perlindungan sepenuhnya dalam kediaman saya. Semoga saya dapat merawatnya hingga sembuh. Saya dapati memang ia tidak sihat. Ada bau yang tidak menyenangkan dan ia juga ku

BERAKHIRNYA RIWAYAT CIK BU SI KUCING LATAH

Penghujung tahun yang amat menyedihkan. Suatu kehilangan kekal, apabila kucing latah yang manja, pergi buat selamanya. Pada 25hb Disember 2021, Cik Bu kucing jantan dalam jagaan saya, pergi secara mengejut. Memang 2-3 hari sebelum pemergiannya, Cik Bu kelihatan tidak sihat tapi ia masih bertenaga. Cuma sesekali Cik Bu akan mengerang seolah menahan kesakitan dan apabila saya hendak membelainya, ia seakan marah. Secara tidak sengaja, saya sempat merakam gambar terakhir Cik Bu pada 23hb. Disember 2021. Tetapi ntah mengapa, tiba-tiba hati saya terdetik, mungkin ini gambar terakhir Cik Bu. Lepas ni Cik Bu mungkin sudah tiada. Mungkin naluri saya kuat terhadap Cik Bu kerana Cik Bu memang manja dengan saya. Teringat ketika saya menyelamatkan Cik Bu pada bulan Mei menjelang beberapa hari lagi PRU 14 berlangsung. Ketika itu Cik Bu seakan memanggil saya untuk meminta pertolongan dari dalam semak. Waktu itu jam 2.30 pagi.   Sesuatu yang unik pada Cik Bu, ia akan melatah bila saya bersin,