Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2021

SEDIH! KUCING TERBIAR SAKIT MENYOROK DI BUMPER KERETA AKHIRNYA PERGI JUA

Pada 23hb. September 2021, seekor kucing terbiar yang menumpang teduh di bawah blok kediaman saya setelah dibuang oleh manusia yang tidak bertanggungjawab, akhirnya pergi buat selamanya. Sehingga kini saya masih terbayang  seolah ia datang meminta makan seperti biasa setiap hari. Sahabat saya di blok sebelah menamakannya “Abu” . Setiap hari saya memberi makan kepada kucing-kucing terbiar di bawah blok saya sejak tiga tahun yang lalu. Ada juga beberapa ekor yang saya jaga mereka di dalam rumah. Yang mana bernasib baik dapatlah bertemu dengan penjaga baru. Yang malang dibuang kerana sakit akhirnya ditemui mati di kawasan blok kediaman saya. Namun ada juga yang lebih malang. Ditangkap kemudian dibuang ke tempat lain. Apakan daya. Bukan semua kucing yang berupaya diselamatkan dan diberi penjagaan dalam rumah kecil saya. Memang sedih dibuatnya. Yang terbaru pergi buat selamanya kerana tiba-tiba sakit, kucing jantan berwarna oren. Kucing ini dibuang di kawasan blok kediaman saya. Pada mulany

GEMBIRA DAPAT MEMPERTEMUKAN KUCING BUANGAN DI HENTIAN HIGHWAY DENGAN PENJAGA BARU

Pada 14hb. September 2021 yang lepas saya telah menghantar si ibu kucing yang baru melahirkan empat ekor anaknya di sebuah hentian highway yang tiada kedai makan dan jauh dari kawasan kediaman manusia. Asalnya si ibu dibuang beberapa bulan yang lepas bersama seekor lagi adik-beradiknya di hentian highway yang saya singgah setiap hari untuk memberi makan kepada kucing-kucing terbiar yang terdapat di situ. Tujuan saya memberi makan kepada kucing-kucing yang terdapat di hentian highway itu adalah kerana saya berasa kesian melihat keadaan kucing-kucing berkenaan yang ketiadaan sumber makanan. Membuang kucing adalah suatu tindakan yang zalim sebenarnya dan merupakan suatu kesalahan menurut Akta Kebajikan Haiwan 2015. Bagaimanapun masih ramai masyarakat kita yang tidak celik akan hal ini. Bagi anda yang tidak sanggup memikul tanggungjawab dan sanggup berkorban masa serta tenaga untuk memelihara kucing, lebih baik janganlah bela kucing. Nanti akan menyusahkan banyak pihak dan akan menyebabkan

ANAK KUCING YANG DISELAMATKAN DI TENGAH PEMBAHAGI JALAN HIGHWAY AKHIRNYA PERGI JUA

Pada 29hb. Ogos 2021 yang lepas, saya telah menyelamatkan seekor anak kucing di tengah pembahagi jalan highway. Ada dua kemungkinan bagaimana anak kucing malang itu boleh berada di kawasan highway. Pertama mungkin ada pihak sengaja melepaskannya di kawasan highway. Kedua, mungkin ia menyorok di bawah kenderaan kemudian ia tidak sempat turun sebelum kenderaan bergerak. Lalu ia terjatuh ketika kenderaan yang ia tumpang itu melalui kawasan highway. Ketika saya hendak menyelamatkan anak kucing itu, tiba-tiba ia melarikan diri. Tapi mujurlah ia tidak lari melintas jalan. Jika tidak tentu ia akan digilis kenderaan. Memang panik juga saya dibuatnya pada ketika itu. Setelah berjaya menyelamatkan anak kucing itu, saya terpaksa membawanya sekali ketika meronda membuat kerja kutipan sampah di kawasan highway. Memandangkan saya dalam perjalanan ke kawasan tempat saya bekerja. Nak patah balik ke rumah, saya kesuntukkan masa pada waktu itu. Saya dapati tiada sebarang kecederaan pada anak kucing itu.