Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2020

JANGAN BUANG KUCING! SEDIH KUCING BARU DIBUANG MATI DILANGGAR KENDERAAN

Pada 27hb. Oktober 2020 seperti biasa setelah selesai melakukan kerja sambilan, seperti biasa saya akan singgah di hentian-hentian highway untuk memberi makan pada kucing-kucing gelandangan yang terdapat di situ. Ketika hendak memasuki kawasan hentian R&R, tiba-tiba saya ternampak seekor kucing berwarna putih sedang terbaring kaku di tepi penghadang laluan jalan. Dari jauh saya sudah boleh agak kucing malang itu sudah tidak bernyawa lagi. Sudah pasti disebabkan kerana dilanggar kenderaan. Kemudian saya memberhentikan motorsikal. Dalam hati saya jangan-jangan kucing putih yang setiap hari saya beri makan tu. Lalu saya pergi mendekati kucing malang itu. Mujur ia bukan kucing putih berkenaan. Kucing jantan yang mati ini belum pernah lagi saya lihat di kawasan hentian R&R ini. Kucing jantan putih yang saya beri makan setiap hari Saya syak ia mungkin baru saja dibuang dan akhirnya dilanggar kenderaan disebabkan ia tidak biasa dengan persekitaran tempat itu yang sememangnya merbahaya

SEDIH MELIHAT KUCING-KUCING GELANDANGAN KELAPARAN DI HENTIAN R&R YANG TUTUP SELAMA 4 BULAN

Semalam 22hb. Oktober 2020 saya telah pergi ke sebuah hentian R&R yang tutup selama 4 bulan sejak 7 Oktober kerana ubahsuai. Disini terdapat beberapa ekor kucing gelandangan. Mereka semua selama ini mencari rezeki dengan mengharapkan simpati pengunjung atau pengguna highway yang singgah untuk menjamu selera dan juga daripada pekerja-pekerja di hentian R&R berkenaan. Kini tiada lagi sumber makanan yang boleh mereka perolehi. Bayangkan bagaimana mereka hendak meneruskan kehidupan? Jadi disebabkan risau tentang keadaan dan keselamatan mereka, sekali lagi saya telah datang ke hentian R&R ini untuk memberi makan pada kucing-kucing gelandangan itu. Kedatangan saya semalam pada jam lebih kurang 7.45 malam telah disapa oleh seorang pekerja kontrak warga Bangladesh. Beliau adalah pekerja kontrak syarikat yang menjalankan kerja ubahsuai berkenaan. Saya beritahunya hendak memberi makan pada kucing-kucing gelandangan yang terdapat di situ. Biasanya saya datang pada waktu   siang. Kemud

TERGAMAK BUANG ANAK KUCING YANG MASIH KECIL

Pada 10hb Oktober yang lalu, saya pergi ke sebuah pasar untuk window shopping. Ketika hendak beredar dari pasar berkenaan, tiba-tiba saya ternampak seekor anak kucing yang sedang berkeliaran di kawasan parking motorsikal dan ia hendak melintas jalan. Disebabkan risau dan kesian melihat keadaannya yang masih kecil, lalu saya mengambilnya dan bawa ke motorsikal saya. Kemudian saya telah memberinya makan wet food yang ada saya bawa bersama. Saya lihat dapati ia memang sangat kelaparan. Siapalah yang tergamak membuang anak kucing yang masih kecil anggaran usia dalam 2 bulan. Anak kucing tidak pandai berdikari mencari rezeki bagi meneruskan hidup. Tambah pula boleh merbahayakan keselamatan dirinya yang berisiko dilanggar kenderaan atau terpijak oleh pengunjung pasar. Dalam masa yang sama saya turut berkongsi kisah anak kucing ini di facebook peribadi saya dengan harapan adalah sahabat-sahabat saya yang boleh membantu. Alhamdulillah ada juga sahabat saya yang komen sudi hendak memberinya pen

SELAMATKAN ANAK KUCING DI HIGHWAY

Pada 26hb September yang lepas, ketika saya sedang menjalankan kerja mengutip sampah di kawasan highway tempat saya bekerja sambilan, tiba-tiba saya terjumpa seekor anak kucing diatas rumput di tepi jalan. Anak kucing itu dalam keadaan basah kerana sebelum saya tiba ke lokasi penemuan, hujan lebat telah turun dan selepas itu hujan pun reda. Saya dapati terdapat sedikit luka pada bahagian mulutnya mungkin disebabkan terjatuh atau tercampak. Mujur anak kucing itu tidak berjalan ke jalanraya. Jika tidak tentu ia akan dilanggar dan digilis kenderaan. Sudah banyak kali saya jumpa anak kucing dan kucing yang sudah dewasa mati digilis kenderaan di kawasan highway tempat saya bekerja itu. Pernah juga jumpa yang masih hidup. Memang pelik bagaimana boleh terdapat kucing di kawasan highway yang jauh dari kediaman manusia. Ada pihak kata mungkin jatuh dari kenderaan. Tapi pada saya ada juga kes sengaja buang kucing di kawasan highway. Sebab itu di kawasan hentian sebelah dan R&R terdapat kucin