SANGGUP BALIK AWAL DARI KERJA SAMBILAN DAN MEMBAYAR RAKAN SEKERJA YANG DATANG GANTI TUGAS DEMI UNTUK MEMBANTU MENYELAMATKAN SEEKOR ANAK KUCING GELANDANGAN YANG LUMPUH
Pada malam 27hb April 2019 hari Sabtu saya telah terbaca satu perkongsian di laman facebook mengenai seekor anak kucing yang lumpuh di sebuah kawasan lot kedai di Batu Caves, Selangor. Disebabkan berasa kesian melihat keadaan anak kucing itu, saya pun menyatakan hasrat untuk membantu dalam menyelamatkan kucing berkenaan. Pada hari itu saya sedang bekerja sambilan. Masuk pukul 4 petang dan tamat tugas pada jam 12 malam. Kemudian saya pun bertindak menghubungi rakan sekerja saya yang akan masuk bertugas pada jam 12 malam dan meminta pertolongannya untuk masuk awal jam 9 malam dan saya membayarnya RM 20 kerana mengantikan kerja saya selama 3 jam. Mujurlah rakan sekerja saya itu bersetuju untuk masuk awal pukul 9 malam. Kemudian bila rakan sekerja saya sampai pada jam 9 malam, saya pun dengan segera pulang ke rumah dulu untuk mengambil sangkar. Setibanya saya di rumah, saya berehat seketika dan minum air sambil kucing-kucing dalam rumah saya mulalah nak bermanja. Mungkin me