Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2018

PERKEMBANGAN TERKINI CAROL

Carol adalah kucing yang saya selamatkan di sebuah pangsapuri di Taman Tun Perak, Rawang pada bulan Februari yang lepas. Untuk baca semula kisah Carol boleh klik disini : https://rezekikucing.blogspot.my/2018/02/operasi-menyelamat-kucing-betina.html Berikut adalah screenshoot daripada laman facebook rasmi Sollu Shelter : Semoga Carol sihat serta pulih sepenuhnya dan mendapat keluarga angkat yang sudi menjaganya dengan penuh kasih sayang. Berbanyak terima kasih Mummy J dan Team Sollu Shelter. Jika ingin menyumbang apa saja sumbangan sama ada dalam bentuk makanan atau lain-lain keperluan bolehlah hubungi Mummy J di 0193725129 Sumbangan bolehlah disalurkan ke : Akaun Maybank 107424075181 Atas nama Sitti Khadijah Albar

AKHIRNYA BRICE PERGI JUA

Brice kucing yang saya selamatkan tempohari di sebuah kedai makan di Batu 17 Kuang dan kemudiannya diserahkan kepada Sollu Shelter untuk rawatan dan penjagaan sepenuhnya. Kisah Brice boleh baca semula disini :  https://rezekikucing.blogspot.my/2018/04/membantu-dalam-operasi-menyelamat.html Berikut adalah screenshoot daripada laman facebook rasmi Sollu Shelter : Apa pun saya ucapkan berbanyak terima kasih kepada Mummy J dan team Sollu Shelter yang telah cuba sebaik mungkin untuk menyelamatkan Brice dan menanggung kos rawatannya. Jika anda ingin menyumbang apa saja sumbangan sama ada dalam bentuk makanan atau lain-lain keperluan bolehlah hubungi Mummy J di 0193725129 Sumbangan bolehlah disalurkan ke : Akaun Maybank 107424075181 Atas nama Sitti Khadijah Albar

TERGAMAKNYA MEMBUANG KUCING SAKIT. INGAT KUCING SAKIT YANG DIBUANG BOLEH PULIH DENGAN SENDIRINYA KE?

Saya berasa sedih bila setiap kali terserempak dengan kucing sakit yang hidup gelandangan akibat dibuang oleh tuannya. Sudahlah kucing itu sakit dibuangnya pula. Adakah mereka yang membuang kucing-kucing yang sakit itu beranggapan kucing yang dibuang itu boleh pulih atau sihat dengan sendirinya? Kucing yang dibuang oleh tuannya kerana mengalami masalah kurap teruk akhirnya mati dilanggar motorsikal. Jawapan yang mungkin kita boleh agak mereka yang membuang kucing-kucing sakit itu akan berkata “saya tiada wang untuk merawat kucing saya yang sakit itu”. Kalau ye pun tiada wang untuk merawat kucing yang sakit kenapa sengaja mengabaikan dan membuang kucing-kucing itu? Tindakan membuang kucing sakit adalah suatu tindakan yang zalim dan anda yang sengaja mengabaikan atau membuang kucing anda yang sakit itu adalah satu kesalahan dan boleh didakwa. Carilah maklumat berkaitan kucing sakit di internet yang mungkin boleh dijadikan panduan asas atau sumber rujukan dan sedikit sebanyak

TERSEREMPAK DENGAN KUCING TERBIAR DI PLAZA TOL LAGONG LEBUHRAYA GUTHRIE CORRIDOR EXPRESSWAY

Semalam 9hb April 2018 - Isnin, sewaktu saya pulang dari Shah Alam selepas selesai urusan peribadi pada sebelah malam. Seperti biasa saya akan pulang ke Rawang melalui lebuhraya Guthrie Corridor Expressway dengan menunggang motorsikal.  Sewaktu saya lalu di laluan motorsikal di Plaza Tol Lagong lebih kurang jam 8.45 malam, saya telah terserempak dengan 3 ekor kucing yang sedang berkeliaran   di tepi laluan motorsikal yang berhampiran dengan kawasan hutan. 2 ekor jantan   berwarna oren   dan hitam yang tak boleh didekati kerana takut kat saya serta seekor betina mempunyai 3 warna (calico). Terkejut juga saya dibuatnya bila melihat kucing-kucing berkenaan. Saya tidak menyangka di kawasan Plaza Tol Lagong yang tiada kedai makan bagaimana pula kucing-kucing itu hendak mendapatkan sumber makanan mereka. Yang ada di situ hanyalah kemudahan untuk pengguna lebuhraya seperti surau dan tandas selain pejabat kecil. Memang tindakan zalim jika ada pihak yang sanggup membuang kucing si si

MEMBANTU DALAM OPERASI MENYELAMAT SEEKOR KUCING YANG LEMAH & KURUS KERING DI SEBUAH KEDAI MAKAN DI KUANG, SELANGOR

Pada 7hb April 2018 / hari Sabtu,   saya telah berkesempatan membantu seekor kucing gelandangan di Batu 17, Kuang, Selangor yang dipercayai dibuang oleh tuannya di sekitar kawasan berkenaan. Kucing itu kelihatan kurus kering dan lemah. Kisah kucing ini sebenarnya ditularkan dalam group facebook berkaitan kucing oleh seorang pengunjung kedai makan berkenaan yang berharap agar ada pihak yang sudi membantu kucing itu. Kemudian saya telah meminta pertolongan Mummy J daripada Sollu Shelter. Alhamdulillah Mummy J sudi membantu untuk merawat dan menjaga kucing berkenaan. Saya pun menghubungi pihak yang berkenaan dan menyatakan hasrat ingin mengambil kucing malang itu untuk diserahkan kepada pihak Sollu Shelter bagi mendapatkan rawatan dan penjagaan. Jarak dari rumah saya Taman Tun Teja, Rawang ke Batu 17 Kuang tidaklah terlalu jauh dan memudahkan perjalanan saya ke sana. Gambar suasana lokasi di mana tempat kucing itu berada : Setibanya saya di lokasi kedai makan yang din

PENGALAMAN MENYERAMKAN DI LEBUHRAYA LATAR : TERNAMPAK BENDA TERBARING DIBALUTI KAIN PUTIH SELEPAS PULANG DARI MEMBERI KUCING TERBIAR MAKAN

Pada hari Selasa malam Rabu yang lepas, seperti biasa pada setiap malam saya akan ke Plaza Tol Latar Taman Rimba Templer untuk memberi makan pada kucing-kucing terbiar di sana. Biasanya saya akan ke sana antara jam 11 malam hingga 1 pagi. Adakalanya disebabkan sibuk dengan urusan peribadi dan kerja, saya pernah ke sana selepas jam 1 pagi. Saya juga pernah beri kucing-kucing di sana makan pada jam 2.30 pagi selepas pulang dari menghantar 2 ekor kucing yang cedera akibat kemalangan kepada Sollu Shelter di Shah Alam untuk dirawat dan dijaga. Setiap hari saya ulang-alik dari rumah ke tol latar sejak 16hb Februari 2018 kini sudah lebih dari sebulan. Gambar Plaza Tol Latar Taman Rimba Templer pada waktu malam Untuk pengetahuan semua, saya tidak suka pada situasi lalu lintas yang sesak atau terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. Ia memang membosankan. Sebab itu saya lebih selesa bergerak dengan menunggang motorsikal sahaja. Pergerakan saya setiap hari sama ada untuk urusan peri