Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2018

METRO AHAD 18/03/2018 : BIAR MATI KE BULUR

Berbanyak terima kasih kepada pihak akhbar Harian Metro yang sudi memuatkan cerita saya memberi makan pada kucing-kucing terbiar di Plaza Tol Latar Taman Rimba Templer dalam mukasurat setempat METRO AHAD - 18hb Mac 2018 Untuk membaca lebih lanjut boleh klik disini : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/03/322236/biar-mati-kebulur

ALHAMDULILLAH MASIH BERPELUANG MEMBERI MAKAN PADA KUCING-KUCING TERBIAR DI PLAZA TOL LATAR TAMAN RIMBA TEMPLER

Alhamdulillah saya masih diberikan peluang dan kesempatan untuk memberi kucing-kucing terbiar di Plaza Tol Latar Taman Rimba Templer itu makan setiap hari bermula dari 16hb Februari 2018 , sehari selepas saya ternampak mereka di situ. Kebiasaannya saya akan pergi ke plaza tol berkenaan pada waktu malam antara jam 11 malam ke pukul 12 malam. Kenapa waktu malam? Sebelah siang masa saya bagaikan terlalu singkat untuk ke sana dan tambahan pula kucing-kucing itu sudah biasa dengan kehadiran saya pada waktu malam untuk memberi mereka makan. Tambahan pula kenderaan agak kurang pada waktu itu memudahkan saya membuat lintasan pusingan U untuk ke tempat hentian yang terdapat surau dan tandas. Jika saya tidak membuat lintasan pusingan U di pembahagi jalan di Plaza Tol Latar Taman Rimba Templer itu, saya perlu perjalanan sejauh 19km dari rumah saya untuk ke hentian berkenaan. Tapi pernah jugalah sekali sekala saya ke sini pada waktu siang untuk beri mereka makan. Saya pernah

ANAK KUCING TERPERANGKAP DALAM RUMAH KOSONG DI KOTA BIDARI, COUNTRY HOMES, RAWANG

Pada hari Sabtu 10hb Mac 2018, ada sahabat facebook saya memberitahu terdapat anak kucing yang telah terperangkap beberapa hari dalam sebuah rumah yang tidak berpenghuni di Kota Bidari, Country Homes, Rawang, Selangor dan maklumat ini telah dikongsikan di laman facebook. Saya pun memberi maklumbalas akan membantu dalam usaha mencari jalan untuk mengeluarkan anak kucing yang terperangkap itu. Menrut pemberi maklumat, rakannya yang merakam video itu telah menghubungi pihak bomba, namun atas sebab-sebab tertentu yang munasabah, pihak bomba tidak dapat membantu untuk mengerluarkan anak kucing yang terperangkap itu. Kita kena faham pihak bomba juga ada SOP yang telah ditetapkan dan perlu dipatuhi oleh mereka. Kemudian pada pagi keesokkan harinya hari Ahad, saya pun ke lokasi rumah yang dikatakan anak kucing terperangkap. Jarak dari rumah saya Taman Tun Teja, Rawang ke Country Homes tidaklah terlalu jauh namun disebabkan saya tak pernah dengar dan pergi ke Kota Bidari ya

MENYELAMATKAN SEEKOR ANAK KUCING YANG DILANGGAR DI PERSIMPANGAN JALAN MENUJU LINGKARAN TENGAH MRR2 / BERHAMPIRAN JEJAMBAT BULATAN BATU CAVES

Semalam sewaktu saya dalam perjalanan dari Rawang untuk mengambil seekor kucing yang telah dilanggar di Sungai Besi, Kuala Lumpur, saya ternampak seekor anak kucing berwarna hitam yang sedang berlari-lari untuk mengelak kenderaan yang lalu di persimpangan jalan menuju ke jalan lingkaran tengah MRR2 dan berhampiran dengan jejambat bulatan Batu Caves. Saya dengan lantas memberhentikan motorsikal untuk menyelamatkannya. Tapi kemudiannya saya dapati kaki belakang sudah terkulai akibat dilanggar dengan sebuah kereta dan anak kucing itu mengesot untuk bergerak.  Saya memberanikan diri dengan menahan kereta yang lalu di kawasan itu untuk menangkapnya kerana bimbang ia akan dilangar sekali lagi dan boleh mengancam nyawanya. Alhamdulillah saya berjaya menangkap anak kucing itu walaupun jari tangan kanan saya telah digigit dengan kuatnya kerana anak kucing itu berada dalam keadaan panik dan ketakutan. Saya memasukkannya ke dalam sangkar yang sebenarnya saya bawa untuk mengambil kucing

MEMBANTU DALAM OPERASI MENYELAMATKAN KUCING TERBIAR YANG LUMPUH DI GOMBAK PERMAI

Pada malam hari Sabtu minggu lepas, saya terbaca perkongsian maklumat melalui facebook milik seorang sahabat fb saya. Beliau berkongsi maklumat mengenai seekor kucing yang didapati lumpuh di sebuah pangsapuri di Gombak Permai, Batu Caves, Selangor. Kisah ini telah dimuatnaik oleh seorang group member di sebuah group facebook berkaitan kucing. Kemudian saya pun memberi maklumbalas untuk membantu mengambil kucing berkenaan sambil dalam benak saya sudah terbayang akan saya serahkan kucing malang itu kepada pihak Sollu Shelter yang kebiasaannya sudi menghulurkan pertolongan dalam usaha menyelamatkan kucing-kucing jalanan yang cedera ditimpa musibah. Kalau ikutkan hati malam itu juga saya hendak ke kawasan berkenaan untuk mengambil kucing yang lumpuh itu tapi maklumat lokasi sebenar belum saya ketahui dan lagi pun saya tak mahu menganggu pemberi maklumat pada waktu tengah malam. Pagi ini hari Ahad 04hb Mac 2018 saya telah menghubungi pemberi maklumat melalui whatsapp untuk ber