Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2017

KEKEJAMAN TERHADAP KUCING : PENGHORMATAN BUAT PUAN NORA KERANA MENYELAMATKAN KUCING TERBIAR YANG CEDERA TERUK AKIBAT DISIMBAH CECAIR PANAS

Sebagai pencinta kucing, penulis ingin merakamkan setinggi-tinggi penghormatan dan ucapan berbanyak terima kasih buat Puan Nora kerana telah menyelamatkan seekor kucing betina bunting terbiar yang cedera teruk mungkin akibat disimbah dengan air atau minyak panas serta menyelamatkan beberapa ekor anaknya yang sempat dilahirkan dengan mencari ibu tumpang supaya  anak-anak kucing itu dapat menyusu ketika ibunya dihantar ke klinik untuk menerima rawatan. Bagi penulis, tak ramai dikalangan kita yang sanggup membantu kucing terbiar yang sedang mengalami kesakitan akibat kecederaan teruk yang dialami. Namun masih ada insan berhati mulia seperti Pn Nora yang sanggup mencari jalan bagi membantu seekor ibu kucing terbiar yang cedera teruk seakan telah disimbah dengan air atau minyak panas. Beginilah nasib kucing terbiar di luar sana. Adakalanya mereka dizalimi dengan kejam. Keadaan Angel sebelum menerima rawatan di klinik Si ibu tumpang untuk anak-anak Angel Alhamdulillah

JANJIRA CAT HOTEL MEMERLUKAN PELABUR

Mencari PELABUR untuk besarkan JANJIRA CAT HOTEL. Memandangkan sambutan Cat Hotel lebih memuaskan berbanding Pet Shop membuatkan saya nak tutup Pet Shop dan Perbesarkan dan perluaskan perkhidmatan Cat Hotel Sahaja(Fokus). Cuti Hari Raya kesemua kandang telah penuh(hanya ada 25 kandang), BOOKING untuk Cuti Raya Haji pun dah penuh dan masih mendapat sambutan yang nak hantar boarding membuatkan saya terfikir nak guna ruang Pet Shop untuk dijadikan Cat Hotel(tambah ruang dan kadang). Q: Kenapa tutup pet shop?. A: Sebenarnya Pet Shop saya belum dibuka sepenuhnya lagi, kerana modal terlalu besar untuk simpan stok. Stok yang ada dah habis digunakan untuk Cat Shelter dan dijual. Untung pun tak banyak, sebab saya tak mampu beli dalam kuantiti yg banyak menyebabkan saya tak dapat harga murah dari pembekal. Saya tak mampu bersaing dengan Pet Shop yang besar, yang mampu beri harga lagi murah serta banyak pilihan. Q: Cat Hotel untung ke? A: Cat hotel modal permulaan hanya

MENARIK REZEKI DENGAN KUCING GELANDANGAN

Kebelakangan ini terdapat begitu banyak kucing-kucing terbiar yang sedang kelaparan hidup gelandangan akibat dibuang oleh manusia yang tak bertanggungjawab di luar sana. Kita mungkin biasa terserempak dengan kucing-kucing ini di merata tempat seperti di kedai makan, kawasan pasar, kilang, perumahan dan lain-lain tempat lagi. Gambar seekor kucing gelandangan yang dijumpai di sebuah restoran Sama juga seperti manusia, haiwan seperti kucing juga memerlukan makanan untuk terus hidup. Tanpa makanan dan air sudah tentulah kucing akan mati akibat kelaparan dan kehausan. Ramai orang terutamanya si pembuang kucing beranggapan jika buang kucing di kedai makan atau di pasar pandailah nanti kucing tu mencari makan untuk terus hidup dan tentu ada orang yang bersimpati dan bagi makan. Memang ada kucing terbiar yang pandai mencari makanan, namun begitu jika sumber makanan yang boleh didapati agak terhad, bagaimana nak meneruskan kehidupan. Tambahan pula bukan semua tuan punya kedai atau pe

BAGAIKAN MIMPI. SELEPAS SETAHUN DAISY DIPULANGKAN SEMULA

Daisy nama yang diberikan oleh tuannya sebelum ini merupakan seekor kucing betina yang penulis beri kepada seorang insan yang berminat untuk memeliharanya pada tahun lepas. Asalnya penulis menjumpai Daisy dalam kotak yang diletakkan di hadapan rumah penulis dan dipercayai dibuang oleh seseorang. Kemudian penulis mengiklankannya di laman web mudah.my untuk menemukan Daisy dengan keluarga atau insan yang sanngup memeliharanya. Bukan penulis tak nak pelihara Daisy ni sebab di rumah penulis pun sudah ada beberapa ekor kucing pada waktu itu. Iklan yang   penulis masukkan di mudah.my untuk mencari mereka yang berminat memelihara Daisy akhirnya berhasil. Memang ramai yang berminat dengan Daisy pada waktu itu. Penulis menerima banyak mesej menerusi whatsapp dan sms dari mereka yang berminat untuk memelihara Daisy.   Ada yang merayu dan ada juga yang sanggup membayar penulis untuk mendapatkan Daisy semasa diiklankan dan ada juga yang tak menyangka penulis ingin menyerahkan Daisy secara p

PANDUAN MENJAGA ANAK KUCING YANG DITINGGALKAN ATAU KEHILANGAN IBU

Naluri anda pasti terusik apabila melihat si comel yang baru dilahirkan terpaksa berpisah dengan ibunya. Sebagai penjaga anda perlu bijak memeliharanya supaya proses tumbesarannya lebih sempurna dan emosinya stabil. SEDIAKAN MAKANAN SECUKUPNYA Si comel anda perlu sentiasa diberi makan. Dia memerlukan sekurang-kurangnya makan dalam tempoh 2-3 jam. Pastikan jumlah makanan yang diberikan dalam kuantiti yang kecil, tetapi berkala. Berikan susu khas untuk anak kucing yang boleh didapati di klinik veterinary. Elak memberikan susu lembu pada anak kucing kerana ini akan menyebabkan sembelit dan kehilangan air pada badan. Berikan susu suam dan gunakan botol susu khas untuk menyusukan mereka. BANTU BUANG AIR BESAR DAN KECIL Anak kucing tidak boleh mengawal proses membuang najis sehingga usia empat minggu kerana ibu kucing meransang untuk membuang dengan cara menjiat kemaluan anak kucing. Ransangan sama boleh ditiru dengan menggunakan kain lembut atau putik kapas yang suam dan ba

MALANG BERGANDA KUCING TERBIAR NI

Sewaktu penulis melakukan aktiviti memberi kucing-kucing jalanan @ gelandangan makan di kawasan Taman Kanching, Rawang, Selangor. Dari jauh penulis perhati seekor kucing yang terdapat di hadapan sebuah restoran yang tak beroperasi disiang hari. Ia seakan kucing betina yang dah lama hilang dari blok pangsapuri tempat tinggal penulis. Memang benar inilah kucing yang penulis beri makan beberapa kali setiap hari di hadapan rumah. Selain penulis, seorang anak jiran berhati mulia yang merupakan seorang pelajar universiti tempatan kadangkala pulang pada cuti semesternya turut memberi kucing ini makan serta memandikannya. Asalnya kucing ini dibuang oleh orang yang tak bertanggungjawab di blok pangsapuri kediaman penulis pada tahun lepas. Kucing ini juga pernah dua kali melahirkan anak disini tapi sayang semuanya mati. Beginilah nasib kucing jalanan yang tak dapat perlindungan yang sepatutnya. Setiap hari penulis perhatikan, kucing ini tak mendatangkan kacau ganggu kepada jiran tetangg