Selanat tahun baru 2025. Cepat betul masa berlalu meninggalkan kita. Laman blog saya ni pun dah bersawang. Lamanya saya tak kemaskini aktiviti saya disini. Bukan apa, saya masih meneruskan aktiviti seperti biasa cuma saya terlalu sibuk dengan aktiviti kucing sehinggakan saya tak sempat nak kemaskini laman blog saya ini. Insha Allah pada tahun 2025 ini, saya akan cuba meuangkan masa untuk kemaskini aktiviti saya disini juga. Apa pun jemputlah ke tiktok shop saya. Boleh tekan pada link ini : https://vt.tiktok.com/ZS6fh81dY/ Ini merupakan sebahagian iusaha saya untuk mencari dana bagi menampung perbelanjaan kucing dalam jagaan dan kucing-kucing jalanan.
Si pembuang kucing makin kreatif membuang kucing. Jika dahulu ramai yang membuang kucing di pasar dan kedai makan, kononnya beranggapan kucing-kucing yang dibuang di kawasan seperti ini akan mudah mendapat makanan. Ini adalah karut sebenarnya. Bukan mudah kucing-kucing yang dibuang hendak mendapatkan makanan. Kena zalim adalah. Baru-baru ini seekor kucing betina bunting telah dibuang di hentian Rehat & Rawat sebuah lebuhraya. Hentian R&R ini memang saya singgah setiap hari dan pekerja pembersihan pun mengenali saya. Kemudian saya membuat perkongsian di facebook peribadi saya berkenaan kucing bunting ini. Alhamdulillah ada sahabat facebook saya yang sudi nak menjaga kucing bunting berkenaan. Beliau berasa kesian melihat dan risau mengenangkan bagaimana keadaan kucing itu jika beranak di hentian R&R nanti. Pada malam 24hb Mac 2022, saya pergi ke hentian R&R itu untuk membawa balik kucing bunting berkenaan. Saya akan menjaganya selama beberapa hari sebelum sahabat fa...