Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2021

MEMBANTU ANAK KUCING MANGSA PEMBUANGAN DI HENTIAN HIGHWAY YANG TERPERANGKAP DALAM LONGKANG

Pada 07hb April 2021 seperti biasa saya telah singgah di salah satu hentian sebelah highway yang tiada kedai makan dan jauh dari kediaman manusia untuk memberi makan kepada kucing-kucing terbiar yang terdapat disitu. Sudah 3 tahun saya telah memberi makan kepada kucing-kucing terbiar di situ. Ketika sedang meletakkan makanan kucing, tiba-tiba saya terdengar suara anak kucing. Saya pun mencari dari mana datangnya suara anak kucing itu. Kemudian saya ternampak seekor ank kucing berada dalam longkang. Saya dapati anak kucing itu terperangkap dan tidak boleh keluar dari longkang berkenaan. Lalu saya pun turun ke dalam longkap untuk membantu anak kucing itu. Pada mulanya anak kucing itu seakan takut apabila saya hendak mendekatinya. Tapi saya Berjaya mengumpannya dengan makanan basah. Akhirnya anak kucing itu berjaya dikeluarkan dari longkang berkenaan. Kemudian saya bertanya kepada pekerja pembersihan warga Indonesia yang bertugas di hentian berkenaan. Beliau kata anak kucing itu baru dibu

TANGAN DIGIGIT KUCING YANG DISELAMATKAN DI BAWAH JAMBATAN BULATAN BATU CAVES

Pada 30hb Mac 2021, dalam perjalanan pulang dari Pusat Bandar Kuala Lumpur, seperti biasa saya akan berhenti seketika di bawah jambatan Bulatan Batu Caves untuk berehat seketika dan meninjau keadaan sekeliling. Manalah tahu jika ada ternampak kucing di situ bolehlah saya buat apa yang patut. Sebelum ini memang saya pernah ternampak 2 ekor kucing di di situ tapi malangnya tidak dapat diselamatkan kerana mereka sukar didekati. Ketika saya sedang meminum air, tiba-tiba muncul seekor kucing berwarna oren. Kemudian saya segera mendekatinya dan memberinya makan makanan basah yang saya bawa sekali bila setiap kali hendak keluar. Saya dapati ada juga bekas makanan berisi biskut kucing dan air yang diletakkan oleh seseorang yang telah terjumpa kucing oren itu terlebih dahulu. Lokasi bawah jambatan Batu Caves itu memang boleh merbahayakan nyawa dan keselamatan kucing oren itu. Tidak selamat untuknya jika berada lama di situ. Ia terkepung dengan jalanraya yang sibuk dengan kenderaan. Tambah pula

AKHIRNYA KAU PERGI JUA : KUCING JANTAN HIDUP TERBIAR DI SEBUAH HENTIAN HIGHWAY SELEPAS DIBUANG DITIMPA MUSIBAH

Pada 29hb Mac 2021 (malam) seperti biasa saya singgah di sebuah hentian sebelah highway yang tiada kedai makan dan jauh dari kawasan kediaman manusia, selepas selesai memberi makan kepada kucing-kucing terbiar di sebuah hentian R&R yang tutup selama bebeapa bulan untuk kerja baik pulih dan ubah suai. Saya singgah di hentian ini untuk memberi makan kepada beberapa ekor kucing terbiar yang terdapat disini. Terbaru ada seekor kucing jantan dibuang di sini kira-kira 2 bulan lalu. Kucing jantan ini memang manja dan jinak. Saya dan pekerja pembersihan yang bertugas di hentian itu berasa kesian dan sayangkan kucing jantan yang masih belum diberikan nama. Kebiasannya bila saya singgah di hentian highway itu, kucing ini akan menyambut kedatangan saya. Ia bagaikan boleh menghidu kehadiran saya untuk memberinya makan. Selalu saya berinya makan makanan jenis basah dalam pek dan meninggalkan juga makanan biskut kucing serta air sebelum bergerak pulang. Tapi pada hari berkenaan ( 29 Mac 2021) ku