Penghujung tahun yang amat menyedihkan. Suatu kehilangan kekal, apabila kucing latah yang manja, pergi buat selamanya. Pada 25hb Disember 2021, Cik Bu kucing jantan dalam jagaan saya, pergi secara mengejut. Memang 2-3 hari sebelum pemergiannya, Cik Bu kelihatan tidak sihat tapi ia masih bertenaga. Cuma sesekali Cik Bu akan mengerang seolah menahan kesakitan dan apabila saya hendak membelainya, ia seakan marah. Secara tidak sengaja, saya sempat merakam gambar terakhir Cik Bu pada 23hb. Disember 2021. Tetapi ntah mengapa, tiba-tiba hati saya terdetik, mungkin ini gambar terakhir Cik Bu. Lepas ni Cik Bu mungkin sudah tiada. Mungkin naluri saya kuat terhadap Cik Bu kerana Cik Bu memang manja dengan saya. Teringat ketika saya menyelamatkan Cik Bu pada bulan Mei menjelang beberapa hari lagi PRU 14 berlangsung. Ketika itu Cik Bu seakan memanggil saya untuk meminta pertolongan dari dalam semak. Waktu itu jam 2.30 pagi. Sesuatu yang unik pada Cik Bu, ia akan melatah bila saya bersin,