Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2021

HARAP KEJADIAN TRAGIS BUNUH KUCING DENGAN KEJAM TIDAK BERULANG DI KAWASAN INI

Baru-baru ini seperti biasa pada waktu malam, saya akan pergi ke sebuah hentian R&R yang tutup selama 4 bulan untuk kerja pembaikan dan ubahsuai. Biasanya selepas saya memberi makan (wet food) kepada kucing-kucing terbiar yang terdapat disitu, sebelum berangkat pulang saya akan berjumpa dengan En Ali yang merupakan seorang Pengawal Keselamatan yang bertugas di hentian R&R berkenaan. Biasanya saya akan meninggalkan makanan biskut kucing kepada beliau dan meminta pertolongan daripada beliau untuk memberi makan kucing-kucing terbiar di situ. Kemudian beliau memaklumkan kepada saya bahawa rakan setugasnya yang bertugas pada syif siang, telah menjumpai seekor kucing terbiar yang saya beri makan itu, ditemui mati dalam keadaan yang amat menyedihkan. Kemudian rakan setugasnya itu memaklumkan kepada beliau tentang hal ini. Rakannya kata ada kucing mati dibunuh. Beliau yakin berdasarkan keadaan kecederaan yang dialami oleh kucing malang itu, ia mati disebabkan dipukul dan bukan kerana d

TERLALU SIBUK DENGAN AKTIVITI MENYANTUNI KUCING-KUCING JALANAN / TERBIAR DAN JUGA MENJAGA KEBAJIKAN KUCING-KUCING BAWAH JAGAAN SERTA PERLINDUNGAN DALAM RUMAH KECIL SAYA

Alhamdulillh dapat juga saya meluangkan sedikit masa untuk memasukkan entri ini. Tunda dari sehari ke sehari hingga sudahnya sudah lebih sebulan dan dah masuk tahun baru pun. Ada juga sahabat facebook saya yang sering mengikuti blog saya ini bertanya sudah lama tiada entri baru dalam blog saya ini. Tak sangka ada juga yang suka baca entri blog saya yang tidak seberapa ini. Berbanyak terima kasih kepada anda yng sudi mengikuti perkembangan saya di blog ini selain mengikuti saya di facebook dan juga youtube channel. Memang saya sendiri pun rasa kecewa juga kerana tidak dapat memasukkan entri perkembangan saya dalam menyantuni haiwan-haiwan jalanan / terbiar. Bukan disengajakan tapi sebenarnya aktiviti saya tetap berjalan seperti biasa tapi keadaan yang semakin sibuk menyebabkan saya seringkali menangguhkan dulu nak masukkan entri blog. Tidur pun selalu lewat dan kerap juga berasa penat. Tambahan pula baru-baru ini saya disyaki mengalami batu karang tapi Alhamdulillah keadaan baik-baik sa