Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2017

PENGHARGAAN BUAT MUMMY J DARI SOLLU SHELTER

Penulis menjumpai seekor kucing yang tidak mampu bergerak di hadapan rumah jiran dan ia dipercayai terjatuh dari tingkat atas pangsapuri. Penulis agak terkejut dan panik melihat keadaan kucing ini kerana terdapat janinnya melekat (tak lepas keluar) di bahagian yang berkenaan akibat hentakan kerana terjatuh dari tingkat atas. Pada mulanya penulis menghubungi sebuah NGO yang memperjuang dan membela kebajika haiwan peliharaan namun pihak berkenaan tidak dapat membantu penulis. Mereka suruh penulis bawa kucing ni ke klinik haiwan terdekat. Penulis bukannya tak boleh bawanya ke klinik tapi bimbang tentang kos rawatan yang akan dikenakan nanti dan kalau tak berupaya membayarnya pula takut kucing ni tak dapat diselamatkan. Kemudian penulis hubungi Mummy J (Sollu Shelter) melalui whatsapp. Alhamdulillah mendapat maklumbalas pantas dan Mummy J  sudi membantu penulis bagi menyelamatkan nyawa kucing ini. Kemudian bergegaslah penulis dari Rawang, Selangor dengan menunggang motorsikal ke S

MEMELIHARA HAIWAN PELIHARAAN DI DALAM PREMIS STRATA SUATU KACAUGANGGU ?

Apabila kucing dianggap sebagai suatu kacauganggu kepada penghuni pangsapuri. Ini baru pertama kali penulis nampak notis seperti ini ditampal di perumahan strata. Notis ini ditampal pada dinding berdekatan pintu masuk lif blok pangsapuri tempat tinggal penulis. Maaf gambar notis kurang jelas. Jadi penulis salin semula sebahagian isi kandungan dalam notis ini : akta kerajaan tempatan 1976 (akta 171) kepada : pemilik premis beralamat : blok delima dan blok kenanga, taman tun teja sila ambil perhatian bahawa dibawah seksyen 82 akta kerajaan tempatan, 1976, majlis perbandaran selayang tidak berpuashati tentang adanya di seperti diatas suatu kacauganggu iaitu : memelihara haiwan peliharaan didalam premis dan dengan ini mengkehendaki kamu dalam tempoh 3 hari (nyatakan masa) dan tarikh notis ini disampaikan menghapuskan kacauganggu itu dan menjalankan apa-apa kerja dan melakukan apa-apa perkara yang perlu bagi maksud iaitu pemindahan haiwan peliharaan dari kawas

MINYAK KELAPA DARA BUKAN HANYA UNTUK KEGUNAAN MANUSIA TAPI BERGUNA JUGA MERAWAT KUCING

Testimoni minyak kelapa dara untuk kucing : Assalammualaikum, Disini saya ingin berkongsi testimoni kepada semua sebagai informasi bersama tentang keberkesanan minyak kelapa dara terhadap kucing saya yang sakit.   Dengan menggunakan Minyak kelapa Dara boleh jadi “Doktor Haiwan”   Baru-baru ini kucing saya yang bernama “Ipin” telah jatuh sakit. Walau sehebat mana kita menjaganya pasti akan ada masalah yang akan berlaku kemudian hari. Seperti yang di alami oleh Ipin, ia mengalami kelelahan dan kelihatan lesu, selera makan menurun, terdapat cairan abnormal yang keluar dari lubang-lubang di tubuhnya, contoh dimata, hidung dan telinga. Ipin juga mengalami masalah sukar membuang najis dan berat badan menurun secara mendadak, berjalan pincang, bahkan menyukarkannya untuk berdiri. Disebabkan itu juga, Ipin menjadi tidak aktif dan muntah apabila makan.   Saya teringat akan kebaikan minyak kelapa dara sebagaimana diiklankan didalam testimoni bioasli untuk merawat haiwan. Saya